~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~

Friday, September 19, 2014

40 Hari Misi Jurnal Kesyukuran


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penghujung-penghujung yang setia mengunjungi blog saya. Saya doakan anda semua berjaya, kaya dan bahagia dunia akhirat. Amin

Hari ini, Jumaat, penghulu segala hari, saya dengan rendah diri ingin berkongsi cerita tentang Jurnal Kesyukuran saya. Inilah Jurnal Kesyukuran saya, yang bakal menjadi peneman setia saya selama 40 hari pagi dan malam.

Jurnal Kesyukuran saya
Jurnal ini hanyalah sebuah buku biasa tapi sangat bermakna buat saya kerana jurnal ini bakal mencoretkan 1001 kesyukuran harian saya ke atas segala nikmat yang saya kecapi saban hari ke atas hadrat Illahi. Semoga saya Istiqamah sepanjang 40 hari ini. InsyaAllah. Amin

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa 40 hari? Kerana selepas 40 hari sesuatu perkara dilakukan secara berulang-ulang InsyaAllah ianya menjadi habit atau rutin.

Pada asalnya Master saya buat, then saya follow. Perkara yang baik memang patut saya follow. Sekiranya anda yang budiman juga mahu turut serta, Alhamdulillah jom.

Mudah sangat caranya, catatkan 5 kesyukuran pada setiap hari. Sebagai tambahan untuk lebih mendalami serta menghargai nikmat Allah, jelaskan kenapa kita bersyukur. InsyaAllah anda akan rasa 'best'nya memanjatkan tanda kesyukuran, terima kasih kita kepada Allah melalui penulisan. Tidak perlu percaya, just buat je.

Pengalaman saya setelah menulis Jurnal Kesyukuran ini, perasaan lebih tenang, bibir pulak terasa sentiasa mahu mengucapkan kesyukuran kepadaNya. Terasa banyaknya nikmat Allah beri. Terasa rendah dan kerdilnya diri sebagai hambaNya. Alhamdulillah. Syukur.

Janji Allah:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

Untuk menyenangkan atau membantu semua memulakan misi 40 hari Jurnal Kesyukuran, saya share contoh di sini ok;

"Saya bersyukur kerana suami saya membantu saya memandikan dua anak kecil pagi tadi. Kalaulah suami saya tidak membantu meringankan tugas saya tadi, mungkin saya lambat"

Senangkan!!!!! Jom ramai-ramai kita mulakan misi 40 hari Jurnal Kesyukuran. Jom rasai keajaiban bersyukur!!!!

THE POWER OF GRATITUDE!

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza


Sue Mohd Si Mama Gorgeous
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Saturday, September 6, 2014

Wanita Tua Kencing Berdiri... Apakah???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni saya sangat terkesima akibat mendengar story telling seorang kawan yang sangat tidak best pada awalnya tapi touching di akhirnya, siap terbayang diri sendiri tu..

Ya Allah, jauhkan diri aku dari menghadap semua ini, terasa sangat tidak senonoh rasanya.

Ceritanya macam ni.. ada seorang makcik ni kencing berdiri.  Tapi bukan suka-suka makcik ni nak kencing berdiri. Dia kencing berdiri sebab dia tidak mampu dan tidak boleh nak kencing duduk, so terpaksalah kencing berdiri.

Apa yang menyebabkan makcik ni kencing BERDIRI? Makcik ni sakit lutut. Kesiankan, sebab sakit lutut terpaksa kencing pun berdiri.  Cuba uols bayangkan keadaan makcik ni, bayangkan uols berada dalam situasi makcik ni, or kalau tak nak bayangkan diri sendiri, cuba bayangkan emak uols. Kesian tak? Seksa tak?

Janganlah pandang remeh dengan masalah SAKIT LUTUT  yer!!! Kalau kita tengok, golongan yang sangat terdedah dengan SAKIT LUTUT ni ialah WANITA, lebih-lebih lagi yang bersaiz besar, atau bahasa tingginya GEMOK, tapi yang kurus pun tidak kurang bahayanya terlepas dari masalah ni.

Just imagine, apabila lutut sakit, kencing susah terpaksa berdiri, nak solat pun susah terpaksa duduk, nak pergi shopping pun susah sebab berjalan lebih sikit je lutut dah sakit, jauh sekali nak travel or nak pergi holiday. Orang lain pergi holiday kita pun nak holiday tapi tak boleh jalan jauh. Rugi sangatlah kalau pergi holiday tapi terperuk dalam bilik, nak shopping pun tak boleh. Masa balik dalam flight tengok jelah orang lain beg beranak-pinak. Kalau pergi haji terpaksa naik wheel chair.

Sedihnya tak bebas nak lakukan semua ni.. huhuhuhu
Saya tak boleh bayangkanlah saya atau emak saya dalam keadaan macam ni, nauzubillah min zalik. So, uols sanggup ke menghadapi situasi ni? nak redha je ke? atau sekarang uols sihat, nak tunggu jadi macam makcik ni ke bila sampai waktunya..

Makcik ni bijak tau, dia still nak usaha walaupun usaha dah melebihi 50 tahun. Melalui kawan saya ni, yang dok share kebaikkan SET SENDI TULANG untuk kesihatan tulang, dia pun mohon khidmat nasihat untuk masalah kesihatannya, kawan saya rekomen SET SENDI yang terdiri daripada AJHT, OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD dan makcik tu bersetuju untuk mencuba AJHT dan OSTEMATRIX.

Set Sendi Shaklee yang menjadi PILIHAN ramai.. Alhamdulillah
Guess what, one sweet day, makcik ni datang jumpa kawan saya, pegang tangan kawan saya, bertalu-talu dia cakap terima kasih, terima kasih sebab sekarang sakit lutut makcik ni dah banyak berkurangan dan kesihatannya pun bertambah baik. Kencing pun dah boleh kencing duduk, dan the best part is, makcik ni dah boleh solat seperti biasa, tak perlu nak solat duduk.. Allahuakbar. Ibadahnya lebih sempurna. Patut pun makcik tu happy sangat.

Dengan semangat untuk sembuh yang sangat kuat, disiplin yang sangat tinggi dalam pengambilan supplemen SET SENDI, dengan IZIN ALLAH, makcik tu boleh beribadah dengan sempurna. Alhamdulillah. Kawan saya berjaya membantu menyelesaikan masalah makcik tu. Seronok betullah dengar. Terasa dapat bantu emak sendiri, makcik-makcik sendiri, saudara-saudara sendiri.

So, uols pun boleh jadi macam makcik ni. Bersungguh-sungguh berusaha untuk sembuh. Nasihat saya, buat uols yang dah ada rasa sakit-sakit lutut, fikir-fikirkanlah. Belajarlah dari pengalaman, walaupun dari pengalaman orang lain. Kadang-kadang Allah tidak beri direct pada kita, Dia beri pada orang lain untuk kita ambil ikhtibar juga.

Sekian sahaja untuk kali ni. InsyaAllah kita bertemu di lain masa di ruangan yang sama. Untuk berbicara dengan saya bolehlah hubungi saya 013-510 0005, Whatsapp, LINE, Telegram, semua boleh.

Wassalam

#SayaShakleeDistributor