~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~

Saturday, May 17, 2014

Oh MG ber'Explore Race - Treasure Hunt'


Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols...

Mula-mula MG doakan uols sentiasa sihat, happy-happy je, baik-baik2 je..

Hari ni MG nak share dengan uols, aktiviti MG dan anak-anak. Kami join Explore Race - Treasure Hunt, Sempena Program Isra' Mikraj 1435H/2014M.

Sticker tampal kat kereta...
Normally activiti macam ni husband dengan anak-anak yang selalu join, tapi memandangkan husband outstation, MG mengambilalih tugas tersebut.. MG boleh je..

Sebagai persediaan awal MG dah ambil VITALEA, BCOMPLEX dan VITAMIN C.. MG kena pastikan MG bertenaga hingga tamat program.. tambahan cuaca tak menentu, belum tentu lagi panas hingga ke petangkan, MG ni sensitif sikit kalau kena hujan, cepat rasa nak demam dan flu.. so sebelum apa-apa kita sediakan payung sebelum hujan...

Vitalea, Bcomplex, Vitamin C SR
inilah aturcara sepanjang program untuk hari ni;
Program Explore-Race
Syukur program half day.. kesian kat baby MG nanti.. Almaklumlah, MG lah drivernya, MG lah pesertanya, MG lah baby sitternya... hahahaha..

Setiap group terdiri dari 4 orang ahli, rasanya peserta yang paling sempoi MG dan anak-anaklah, group MG.. MG, Danish (anak sulung, 14 tahun), Hazim (anak ketiga, 10 tahun) dan Elisya (anak keempat, 8 tahun) dan ada 2 orang peserta comel, Hasif (2 tahun) dan Eiliya (9 bulan)... camne nak treasure hunt tu... hehehehe..
Breakfast sebelum bermula.. antara perserta wanita
Basically ada 5 surau yang terlibat dalam Explore race ni, Surau Al-Ansar, Surau Al-Fathonah, Surau As-Siddiq, Surau Al-Amin dan Madrasah Cheras Perdana.. 4 surau dari Bandar Tun Hussein Onn dan 1 surau dari Cheras Perdana. Jumlah group yang turut serta 26 group kalau tak silap MG, dan group-group tersebut semuanya gagah perkasa, group wanita atau group lelaki.. mantopsss uols

Explore Race bermula 8.30am.. peserta di beri soalan dan clue yang berlainan. Wisel permulaan dibunyikan peserta menuju destinasi masing-masing, MG dan group pun sama, sambil jawab ke manakah surau destinasi pertama kami..

Kami menuju destinasi;
1). destinasi pertama Surau Madrasah Cheras Perdana, rupa-rupanya silap destinasi, then we headed to Surau Al-Amin.. sampai di destinasi, kami diarahkan untuk bermain satu permainan, pukul 3 bulu tangkis masuk dalam baldi, so orang yang sesuai siapa lagi, Danishlah.. terror anak MG, tak sampai 5 minit dah settle.. then kena jawab soalan pulak.. berjaya

2). next surau pulak, now barulah Madrasah Cheras Perdana, kat sini terbalik punya, jawab soalan dulu then main game, kali ni baling dat pulak.. 4 dat semuanya.. kat sini pun sekejap je..

3).so next destinasi Surau Al-Ansar, kat sini kami kena solve puzzle, puzzle bina europlane, berpeluh jugaklah, lama jugalah kami di sini, lepas selesai jawab soalan lagi, sebelum bergerak keluar, memandangkan kat sini AJK program ramai yang mengenali kami, banyak soalan yang AJK tanya, mana papanya? siapa drivernya? bawa baby 2 orang ke? ni nombor HP yang cantik tu ke? wah bertalu-talu soalan, layan... mereka kata kami quite good sebab selesaikan dalam masa kurang dari 30 minutes, sebab ada group sampai 1 hour

4). Surau keempat pulak Surau Al-Fathonah, biasalah mama parking, Danish meluru ambil soalan, ahli kumpulan lelap, Hazim dan Elisya terkedik-kedik keluar, Hazim bawa Hasif, MG selalunya keluar last bawa baby Eiliya.. uols boleh imagine tak bagaimana MG dan anak-anak Explore Race. Danish kelam-kabut bagi kertas soalan, mama jawab, abang kena kira tangga... oh ok, lepas jawab, MG pass jawapan untuk AJK, kat sini pun AJK kenal kami, macam biasa kena interview.. layannn.. kat sini kami main bowling tin.. Danish settle kan sekejap..

5). kemudian destinasi terakhir kami ke Surau As-Siddiq, disini kena jawab soalan dulu then kena buat layang-layang. Anak-anak MG tak pernah buat layang-layang. Almaklumlah layang-layang sekarang beli je, bukan macam zaman MG dulu, buat sendiri. Danish tanya MG, mama tau ke? MG jawab, InsyaAllah mama boleh? Alhamdulillah.. berjaya.. memandangkan AJK kenal kami, lagi sekali kami kena interview, layan.. agak memeranjatkan AJK di sini dengan keadaan kami yang meriah dengan anak-anak, mampu menyelesaikan tugasan dengan cepat..

So.. last check point Masjid.. sampai parking, Danish meluru keluar menuju garisan penamat, kami team no.17, not bad, tapi pemenang belum tahu lagi, bergantung dengan jawapan yang diberikan semasa pertandingan, dan keputusan hanya akan diumumkan pada 27 Mei 2014... so tunggguuuu...

Ini adalah antara soalan yang perlu dijawab setiap destinasi, ada 2 soalan, 1 soalan berkaitan dengan setiap surau, 1 lagi soalan adalah lagi umum, iaitu;
1. 2 kifarah bagi orang yang merosakkan puasa di bulan Ramadhan?
2. Makna selawat dalam bahasa dan syarak?
3. Surah apa yang dibaca tidak perlu dimulakan dengan bismillah?
4. Makna Nafar Thani?
5. 3 golongan yang disebut dalam Surah Al-Waqiah?

So uols jawablah soalan-soalan tu...

Rehat sekejap, baby Eiliya tertidur, kepenatan;
penat... tidoooo
Acara yang seterusnya lunch..inilah pemadangan masa lunch, masing-masing penat tapi makan tetap makan, time ni hujan lebat sangat, syukur Allah permudahkan program tadi.. so kami menikmati lunch dalam keadaan hujan yang lebat.. besttttt..
menikmati lunch....
Dan program berakhir jam 12.00pm.. so kami terus pergi ke sekolah ambil anak kedua MG, Aas yang tuition dan tidak dapat join Explore Race..

Sebelum berakhir MG tanya anak-anak MG especially Danish, mereka happy or penat? jawapan macam biasa.. HAPPY!!!! so MG pun HAPPY!!!!! anak-anak MG ni suka aktiviti seumpama ini.. memang selalu join bersama husband, MG je yang jarang..

So.. MG harap uols happy dengan story MG kali ni...

Dan jangan lupa dapatkan stok supplemen anda dari MG; nak join member pun boleh..

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20






Sue Mohd Si Mama Gorgeous
SID : 961604
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
https://jomsihatjelita.blogspot.com

Monday, May 5, 2014

Meal Shakes Oh Meal Shakes


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia MG..

Hari ni MG nak kongsi tentang supplemen Meal Shakes dengan uols. InsyaAllah pada perkongsian ni rakan2 semua akan lebih kenal supplemen HOT ni... kerana uols dapat menjawab persoalan yang menjadikan anda semua tertanya2.. cewah.
Inilah Meal Shakes Shaklee....
So, soalan-soalan yang bakal MG kupas ialah persoalan seperti berikut;

1. Apa itu Meal Shakes?
2. Apakah nutrisi-nutrisi yang terkandung dalam Meal Shakes?
3. Apakah manfaat utama Meal Shakes?
4. Siapakah yang sesuai untuk mengambil Meal Shakes?
5. Bagaimana cara pengambilan Meal Shakes?
6. Berapakah harga dan berat Meal Shakes?
7. Bagaimana untuk mendapatkan Meal Shakes?
8. Adakah MG juga pengguna Meal Shakes?

Wahhhh... banyakkan yang bakal anda tahu sekiranya meneruskan pembacaan perkongsian MG ni, pemurahkan MG ni (perasan.. sempat lagi) share dengan uols...hihihihi

Jom kita explore semua jawapan untuk soalan-soalan tersebut;

1. Apa itu Meal Shakes?

~ Meal Shakes Shaklee adalah makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Ia juga merupakan supplemen yang menyediakan  hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisi yang mudah untuk diserap untuk kegunaan harian.

2. Apakah nutrisi-nutrisi yang terkandung dalam Meal Shakes?

~ Meal Shaklee Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah orang dewasa.
Nutrisi-nutrisi yang terkandung dalam Meal Shakes Shaklee...
3. Apakah manfaat utama Meal Shakes?

~ Meal Shakes Shaklee ni kegemaran ramai kerana ia memberi banyak manfaat kepada mereka. Antara manfaat yang diperolehi dari Meal Shakes Shaklee ni ialah;

  • Nutrisi yang Lengkap - Meal Shakes menyediakan sebanyak 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia juga mengandungi lesitin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Meal Shakes ialah supplemen yang kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran - Meal Shakes mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-Oksida - Meal Shakes mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah - Meal Shakes mengandungi vitamin B yang lengka, Zat Besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi - Meal Shakes kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya - Meal Shakes merupakan minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.  Ia tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan.

4. Siapakah yang sesuai atau perlu mengambil Meal Shakes?

~ Sudah tau manfaat Meal Shake Shaklee, so.. agak-agaknya siapa yang sangat memerlukan Meal Shake Shaklee ni. Antara mereka yang memerlukan Meal Shakes Shaklee ni ialah;

  • Bayi
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Pelajar
  • Ibu mengandung
  • Atlit
  • Vegetarian
  • Orang Sakit
  • Orang yang Sibuk
  • Orang yang gemar memakan makanan segera
  • Orang yang berpuasa

5. Bagaimana cara pengambilan Meal Shakes?

~ Now MG nak share pulak cara pengambilan Meal Shakes Shaklee ni dari bayi hinggalah orang dewasa;

  • Bayi 1 - 2 tahun : 1 sudu makan + 1KG susu formula. Gaul sebati. Dibancuh seperti sukatan biasa.
  • Kanak-kanak 3 - 6 tahun : 2 sudu makan 1KG susu formula. Gaul sebati. Dibancuh seperti sukatan biasa.
  • 7 tahun hingga Dewasa : 1 sudu kecil + secawan minuman kegemaran seperti Milo, Horlick, susu atau minuman kegemaran yang sekali setiap pagi.
6. Berapakah harga dan berat Meal Shakes?

~ Harga Retail untuk Meal Shakes Shaklee ini ialah RM113.75, Net Weight 544gram

7. Bagaimana untuk mendapatkan Meal Shakes?

Untuk mendapatkan Meal Shakes Shaklee ini uols boleh contact MG seperti di bawah. MG sentiasa membantu dan berkongsi pengalaman dengan uols semua.

8. Adakah MG juga pengguna Meal Shakes?

~ Jawapannya Ya. MG memberikan Meal Shakes kepada  anak-anak MG, mereka sangat suka, especially anak perempuan MG yang berusia 8 tahun, kadang-kadang MG berikan juga untuk suami tercinta. In fact, MG pun kadang-kadang minum Meal Shakes ni sebab tak tahan dengan aroma French Vanilla tu.. hmmmm memang sedap.. masa tulis ni pun MG dah telan air liur... hihihi

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20






Sue Mohd Si Mama Gorgeous
SID : 961604
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
https://jomsihatjelita.blogspot.com