~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~

Thursday, June 19, 2014

Ilmu itu Rezeki Allah Buatku



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Syukur MG ucapkan kepadaNya kerana masih memberi ruang untuk MG bernafas dan boleh berkongsi lagi dengan rakan-rakan semua..

Hari ni MG sangat sibuk.. almaklumlah, hujung bulan, di bahagian yang melibatkan kewangan inilah masanya, kami berhempas-pulas dengan month end closing...

Tetapi walaupun sibuk, MG rasa MG nak sangat berkongsi perasaan MG ni, yang meronta-ronta memaksa MG untuk melakukannya, untuk memberitahu rakan-rakan semua...

Sesungguhnya rezeki Allah itu memang berbagai-bagai, setiap saat Allah berikan kita rezeki.. dan kadang-kadang kita tidak menyedari rezeki yang Allah berikan.. betapa sayangnya Allah pada kita, kadang-kadang kita tidak minta, tapi Allah bagi, kadang-kadang kita lupa, tapi Allah tetap datang mendekati kita..

Dan MG sangat-sangat bersyukur padaMu Ya Allah kerana menemukan MG dengan mereka yang lain semangatnya, yang lain pemikirannya, yang lain matlamatnya.. dan Ya Allah jadikan aku orang yang sentiasa memberi manfaat serta kebaikkan kepada orang lain. Amin

Semalam MG dapat tambah lagi ILMU.. Syukur. dapat rezeki. Dari mana MG dapat? Dari mana lagi, mestilah dari SECRET GROUP AWESOME tu, MFMS GROUP. Memang setiap hari ada sahaja ILMU yang dikongsikan. MG sangat-sangat terharu. Di saat MG memang memerlukan ILMU ini, Allah hantarkan mereka yang boleh membantu MG menyelesaikan masalah MG. Subhanallah.. Sesungguhnya aku bersyukur. Tidak Tahu bagaimana mahu membalas jasa mereka. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki yang luas serta berpanjangan, memberi kebahagian dan kejayaan buat mereka di dunia dan akhirat. Amin.

ILMU yang MG perolehi semalam sangat-sangat berharga. MG tidak mahu menpersia-siakannya begitu sahaja, lanytas MG kongsi dengan rakan-rakan seperjuangan. MG pasti dan jelas mereka juga memerlukan ILMU yang sama. MG tidak mahu simpan lama ILMU ini.  mahu sematkan, coretkan dan sampaikan supaya ia boleh dimanfaatkan bersama. ALLAHUAKBAR.. betul sangkaan MG, rupa-rupanya ramai yang dahagakan ILMU tersebut  sebagaimana MG memerlukannya. Ramai yang BANGKIT. RAMAI yang bersemangat. Syukur.

Janji Allah memang tepat dan benar. ADA MEMBERI ADA MENERIMA. Semalam MG kongsikan ILMU tersebut bersama rakan-rakan seperjuangan. Hari ini ALLAH hantarkan seorang customer yang mahukan 3 ESP, 1 ALFAFA dan 1 Peppermint Ginger Plus. ALLAHUAKBAR.

Jangan takut untuk berkongsi REZEKI dengan sesiapa sahaja. Percayalah, sesuatu yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas bakal mendapat balasan yang setimpal. Ramai beranggapan HIDUP ini tidak ADIL. Sebenarnya HIDUP ini sangat ADIL. ADA senang ADA sedih. KADANG gembira ADA terluka. ADA memberi ADA menerima. KENAPA? HIDUP ini terus berputar, Oleh itu SENYUM dan REDHA, itulah yang membuat kita kuat. PERCAYA pada ALLAH yang satu. Bersangka baiklah PADANYA.

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza


Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

No comments:

Post a Comment