Biasalah kalau lapar cari makanan.
Kalau kat opis mana lagi tempat yg mau diterjah melainkan food court level 5. Hari ni berkenan makanan di gerai mamak sebab ada sayur goreng peria faveret saya.
Masa tunggu buat bayaran, saya leka memerhati Si Lan membuat air sirap, ada tempahan gamaknya.. Usai membuat air, Lan mengambil gelas dan menuang sedikit air sirap ke dalam gelas tersebut. Firasat saya Lan mahu merasa air sirap hasil bancuhannya, rupa2nya tekaan saya meleset.. Lan memanggil seseorg;
Makkkk... Makkkk..
Lan memanggil ibunya dengan sangat manja sekali, terasa limpahan kasih sayang Lan pada emaknya dari nada panggilannya itu. Lan memanggil emaknya untuk merasa air sirap yang dibancuhnya tadi.
Rindu.. Ya rindu terus menerpa diri. Rindunya pada Emak. Mata mula terasa panas. akhir gugur jua. Adegan Lan dan emaknya betul-betul membuatkan hati saya meronta-ronta mahu berbicara dengan emak. Untungnya orang yang sentiasa berada di sisi emak. Itu rezeki yang amat berharga buat saya.
Gambar bersama emak semasa menunaikan Umrah Dec 2014 |
Ya Allah Kau peliharalah ibuku, berikanlah kesihatan yg baik buatnya, panjangkanlah usianya, limpahkan rezeki dan RahmatMu buat ibuku. Amin
#SayangEmak
No comments:
Post a Comment