~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~

GOOGLE+ FOLLOWERS

Friday, September 19, 2014

40 Hari Misi Jurnal Kesyukuran


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penghujung-penghujung yang setia mengunjungi blog saya. Saya doakan anda semua berjaya, kaya dan bahagia dunia akhirat. Amin

Hari ini, Jumaat, penghulu segala hari, saya dengan rendah diri ingin berkongsi cerita tentang Jurnal Kesyukuran saya. Inilah Jurnal Kesyukuran saya, yang bakal menjadi peneman setia saya selama 40 hari pagi dan malam.

Jurnal Kesyukuran saya
Jurnal ini hanyalah sebuah buku biasa tapi sangat bermakna buat saya kerana jurnal ini bakal mencoretkan 1001 kesyukuran harian saya ke atas segala nikmat yang saya kecapi saban hari ke atas hadrat Illahi. Semoga saya Istiqamah sepanjang 40 hari ini. InsyaAllah. Amin

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa 40 hari? Kerana selepas 40 hari sesuatu perkara dilakukan secara berulang-ulang InsyaAllah ianya menjadi habit atau rutin.

Pada asalnya Master saya buat, then saya follow. Perkara yang baik memang patut saya follow. Sekiranya anda yang budiman juga mahu turut serta, Alhamdulillah jom.

Mudah sangat caranya, catatkan 5 kesyukuran pada setiap hari. Sebagai tambahan untuk lebih mendalami serta menghargai nikmat Allah, jelaskan kenapa kita bersyukur. InsyaAllah anda akan rasa 'best'nya memanjatkan tanda kesyukuran, terima kasih kita kepada Allah melalui penulisan. Tidak perlu percaya, just buat je.

Pengalaman saya setelah menulis Jurnal Kesyukuran ini, perasaan lebih tenang, bibir pulak terasa sentiasa mahu mengucapkan kesyukuran kepadaNya. Terasa banyaknya nikmat Allah beri. Terasa rendah dan kerdilnya diri sebagai hambaNya. Alhamdulillah. Syukur.

Janji Allah:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

Untuk menyenangkan atau membantu semua memulakan misi 40 hari Jurnal Kesyukuran, saya share contoh di sini ok;

"Saya bersyukur kerana suami saya membantu saya memandikan dua anak kecil pagi tadi. Kalaulah suami saya tidak membantu meringankan tugas saya tadi, mungkin saya lambat"

Senangkan!!!!! Jom ramai-ramai kita mulakan misi 40 hari Jurnal Kesyukuran. Jom rasai keajaiban bersyukur!!!!

THE POWER OF GRATITUDE!

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza


Sue Mohd Si Mama Gorgeous
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

No comments:

Post a Comment