~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~

Friday, September 4, 2015

Bila Rindu Menerpa, Ia Muncul Tak Kira di Mana!!!!!

Biasalah kalau lapar cari makanan.

Kalau kat opis mana lagi tempat yg mau diterjah melainkan food court level 5. Hari ni berkenan makanan di gerai mamak sebab ada sayur goreng peria faveret saya.

Masa tunggu buat bayaran, saya leka memerhati Si Lan membuat air sirap, ada tempahan gamaknya.. Usai membuat air, Lan mengambil gelas dan menuang sedikit air sirap ke dalam gelas tersebut. Firasat saya Lan mahu merasa air sirap hasil bancuhannya, rupa2nya tekaan saya meleset.. Lan memanggil seseorg;

Makkkk... Makkkk.. 

Lan memanggil ibunya dengan sangat manja sekali, terasa limpahan kasih sayang Lan pada emaknya dari nada panggilannya itu. Lan memanggil emaknya untuk merasa air sirap yang dibancuhnya tadi. 

Rindu.. Ya rindu terus menerpa diri. Rindunya pada Emak. Mata mula terasa panas. akhir gugur jua. Adegan Lan dan emaknya betul-betul membuatkan hati saya meronta-ronta mahu berbicara dengan emak. Untungnya orang yang sentiasa berada di sisi emak. Itu rezeki yang amat berharga buat saya.

Gambar bersama emak semasa menunaikan Umrah Dec 2014

Ya Allah Kau peliharalah ibuku, berikanlah kesihatan yg baik buatnya, panjangkanlah usianya, limpahkan rezeki dan RahmatMu buat ibuku. Amin

#SayangEmak

Monday, February 2, 2015

Bestnya Bulan Februari 2015


Assalamualaikum wbt semua.

Ya Allah lamanya saya tidak bersiaran di alam blog ni. InsyaAllah lepas ni saya akan kembali aktif bersiaran untuk pengunjung-pengunjung tercinta.

Sebenarnya banyak sangat yang mahu dikongsi dengan uols tapi entah kenapa sejak dua-menjak ini kesibukkan saya sangat melampaui batas (hehehehe). InsyaAllah akan ubah sedikit time management saya untuk menyemarakkan lagi dunia blogger.

Untuk refresh uols, saya ni masih lagi penjual shaklee yang sah dan aktif. So dengan gembiranya saya nak inform uols supaya uols tidak ketinggalan berkenaan promosi AWESOME dan EXTRAVANGA Shaklee pada bulan Februari 2015 ni.

Shaklee memang awesome dan best, kalau dulu setiap bulan hanya ada satu sahaja promosi, tetapi lately sampai empat uols. Best ke best? Memang bestlah..hihihihi

So bulan Februari 2015 ini promosinya ialah Vitalea untuk dewasa, Ostematrix, Advance Joint Health Tablet atau lebih dikenali dengan gelaran AJHT dan Vitalea untuk kanak-kanak. hmmm banyakkan. Untuk pengetahuan uols semua ni memang faveret saya.

Promo 1 FEBRUARI 2015: VITALEA untuk orang dewasa, BELI 6 FREE 1; atau BELI 2 GET 5% DISCOUNT 
Multivitamin yang terhebat buat saya, saya pasti untuk uols juga
Promo 2 FEBRUARI 2015: OSTEMATRIX, BELI 6 FREE 1; atau BELI 2 GET 5% DISCOUNT
Supplemen Kalsium yang sangat best, dan ianya bukan sekadar kalsium biasa.
Promo 3 FEBRUARI 2015: Advance Joint Health Tablet, BELI 3 FREE 1
Supplemen untuk Sendi dan Tulang faveret ibu saya yang tercinta.
Promo 4 FEBRUARI 2015: VITALEA untuk Kanak-kanak, BELI 3 FREE 1
Multivitamin terhebat kanak-kanak ini faveret anak-anak saya, hingga saya terpaksa disorok.
Hmmmm... best kan? setakat sekadar uols mengangguk dan menyiakan tidak memadai yer. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

Ok. sekian sahaja untuk kali ini, sehingga kita berjumpa lagi. InsyaAllah. 

Wassalam.

Sue Mohd | 013-510 0005
Bring Happiness to Others. InsyaAllah
Berkongsi Dari Hati Hanya yang Baik-baik Sahaja

Wednesday, November 19, 2014

Vivix dan Ibu Mertuaku


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Semoga anda sihat, ceria,gembira dan bahagia.

Hari ini , Saya nak share dengan uols tentang Mak Mertua (MIL) saya dan Vivix.

Sebelum raya haji lagi, MIL sering demam, dua tiga hari baik, demam balik. begitulah berlanjutan hinggalah MIL mengambil Vivix.

In between MIL banyak pergi follow up di sebuah hospital berkenaan kesihatan lutut, mata serta kulit. Tiada rawatan disyorkan, Mungkin follow up tersebut tiada berkaitan. Wallahualam.

Semasa melawat MIL, nampak MIL kurang bermaya dari biasa, sering mengadu tiada selera makan. Saya selalu sarankan supaya beliau mengambil Horlick agar lebih kenyang.

MIL selalu calll hubby. Satu hari saya tolong jawab telepon MIL. Alangkah sedihnya mendengar suami MIL waktu itu. Dari suara MIL saya tahu dia sangat tidak sihat. Tanpa sedar airmata saya mengalir. Ya Allah, begini ke suatu hari nanti kalau aku sakit.

Tiap kali MIL call hubby mesti termenung, sedih. Saya tidak mahu melihat ini berpanjangan. Maka, saya syorkan hubby belikan Vivix untuk MIL. Boleh ikuti story ini di Order Vivix untuk MIL.

Kebetulan selepas beberapa hari mengambil Vivix, kami menjenguk MIL. Saya nampak MIL sedikit sihat. Syukur Alhamdulillah. Hubby berbisik pada saya; emak nampak sihat. Nampak kegembiraan pada Hubby. Saya pulak; sangat sangat gembira bila melihat insan-insan tersayang gembira.

Kegembiraan semakin terpancar di wajah en. hubby bila kami berkelah di Sg Tua untuk sambutan hari lahir adik ipar, biras serta anak saudara, MIL nampak sangat-sangat sihat. Hati saya sangat berbunga gembira.

Semasa ramai dah turun ke sungai selepas menjamu perut, saya tinggal berdua dengan MIL, dengan happy nya MIL beritahu, dia berasa sangat sihat dan badan rasa sangat ringan selepas mengambil Vivix. Saya sudah menduga dari wajah serta suara ceria MIL, kesihatan MIL memang jauh lebih baik dari sebelumnya. Dalam hati saya tidak henti-henti berkata alhamdulillah.

Juga selang seminggu dari itu MIL call hubby menyatakan hasrat untuk mahu meneruskan mengambil Vivix. Nampaknya Vivix sangat serasi dengan MIL. Vivix dapat membantu menambah kesihatan MIL.

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan.

Sue Mohd
Bring Happiness to Others. InsyaAllah

#sayapenjualshaklee