~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~
Showing posts with label Alfafa. Show all posts
Showing posts with label Alfafa. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Ilmu itu Rezeki Allah Buatku



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Syukur MG ucapkan kepadaNya kerana masih memberi ruang untuk MG bernafas dan boleh berkongsi lagi dengan rakan-rakan semua..

Hari ni MG sangat sibuk.. almaklumlah, hujung bulan, di bahagian yang melibatkan kewangan inilah masanya, kami berhempas-pulas dengan month end closing...

Tetapi walaupun sibuk, MG rasa MG nak sangat berkongsi perasaan MG ni, yang meronta-ronta memaksa MG untuk melakukannya, untuk memberitahu rakan-rakan semua...

Sesungguhnya rezeki Allah itu memang berbagai-bagai, setiap saat Allah berikan kita rezeki.. dan kadang-kadang kita tidak menyedari rezeki yang Allah berikan.. betapa sayangnya Allah pada kita, kadang-kadang kita tidak minta, tapi Allah bagi, kadang-kadang kita lupa, tapi Allah tetap datang mendekati kita..

Dan MG sangat-sangat bersyukur padaMu Ya Allah kerana menemukan MG dengan mereka yang lain semangatnya, yang lain pemikirannya, yang lain matlamatnya.. dan Ya Allah jadikan aku orang yang sentiasa memberi manfaat serta kebaikkan kepada orang lain. Amin

Semalam MG dapat tambah lagi ILMU.. Syukur. dapat rezeki. Dari mana MG dapat? Dari mana lagi, mestilah dari SECRET GROUP AWESOME tu, MFMS GROUP. Memang setiap hari ada sahaja ILMU yang dikongsikan. MG sangat-sangat terharu. Di saat MG memang memerlukan ILMU ini, Allah hantarkan mereka yang boleh membantu MG menyelesaikan masalah MG. Subhanallah.. Sesungguhnya aku bersyukur. Tidak Tahu bagaimana mahu membalas jasa mereka. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki yang luas serta berpanjangan, memberi kebahagian dan kejayaan buat mereka di dunia dan akhirat. Amin.

ILMU yang MG perolehi semalam sangat-sangat berharga. MG tidak mahu menpersia-siakannya begitu sahaja, lanytas MG kongsi dengan rakan-rakan seperjuangan. MG pasti dan jelas mereka juga memerlukan ILMU yang sama. MG tidak mahu simpan lama ILMU ini.  mahu sematkan, coretkan dan sampaikan supaya ia boleh dimanfaatkan bersama. ALLAHUAKBAR.. betul sangkaan MG, rupa-rupanya ramai yang dahagakan ILMU tersebut  sebagaimana MG memerlukannya. Ramai yang BANGKIT. RAMAI yang bersemangat. Syukur.

Janji Allah memang tepat dan benar. ADA MEMBERI ADA MENERIMA. Semalam MG kongsikan ILMU tersebut bersama rakan-rakan seperjuangan. Hari ini ALLAH hantarkan seorang customer yang mahukan 3 ESP, 1 ALFAFA dan 1 Peppermint Ginger Plus. ALLAHUAKBAR.

Jangan takut untuk berkongsi REZEKI dengan sesiapa sahaja. Percayalah, sesuatu yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas bakal mendapat balasan yang setimpal. Ramai beranggapan HIDUP ini tidak ADIL. Sebenarnya HIDUP ini sangat ADIL. ADA senang ADA sedih. KADANG gembira ADA terluka. ADA memberi ADA menerima. KENAPA? HIDUP ini terus berputar, Oleh itu SENYUM dan REDHA, itulah yang membuat kita kuat. PERCAYA pada ALLAH yang satu. Bersangka baiklah PADANYA.

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza


Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Sunday, January 5, 2014

Alfafa Oh Alfafa...


Assalamualikum dan salam sejahtera peminat MG..

Kalau bulan lepas orang ramai sibuk sebut Omega Guard, bulan ni sibuk pulak dengan Alfafa.. Why? Senang sangat soalan MG ni, bagilah soalan2 agak mengegarkan minda ye dak..hihihihi, sebenarnya MG nak bagi uols happy klau boleh jawab soalan tu.. sebab bulan ni Shaklee buat Promotion Alfafa BUY 6 FREE 1 lah....

Ok...sebenarnya MG nak share dgn uols, klau uols baca entry MG kali ni apa yang uols dapat...
  1. Apa Alfafa Complex ni Sebenarnya?
  2. Apa kelebihan Alfafa Complex?
  3. Apa perbezaan/istimewanya Alfafa Complex?
  4. Apa kandungan Alfafa Complex?
  5. Siapa yang boleh/perlu ambil Alfafa Complex?
  6. Packaging / pricing?
Macam mana nak follow tak..mestilah nak kan, nak consume or buy something, kita perlu berkenalan dulu right.

Apa itu Alfafa Complex Shaklee


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Tidak mengandungi fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Ia merupakan formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an. Kalau uols nak tau Alfafa ni dikenali sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN.

Kelebihan/Manfaat Alfafa Complex

Uols jangan tak tau, Alfafa ni ada sehingga 20 manfaat...banyakkan
  1.  Merawat gangguan pencernaan
  2.  Mengawal kolestrol dalam darah
  3.  Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  4.  Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  7. Mengurangkan simptom menopous
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam tubuh
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
Istimewanya Alfafa Complex

Of course lah Alfafa Complex Shaklee ni berbeza dengan Alfalfa yang lain... sebab Alfafa Complex Shaklee ni;

# tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

# dihasilkan dengan hanya menggunakan alfalfa terbaik dan bermutu yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin

# boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

# tidak  memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit

Vitamin dan Mineral yang terdapat dalam Alfafa Complex

Alfafa ni sangat hebat, kalau tidak, takkan boleh beri kita sehingga 20 manfaat kesihatan.. Fakta ok.. Alfafa ni kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Jom tengok vitamin dan mineral apa yang terkandung dalam Alfafa pujaan ramai ni...

Vitamin-vitamin

 # Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan, menggalakkan pertumbuhan sel, menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

# Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun, menguatkan otot di dalam badan, membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.

# Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

# Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya.

# Vitamin K – penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan.

# Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan, oleh itu sangat diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Mineral-mineral pulak

# Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi, membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

# Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin, membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

# Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim, juga untuk digests lemak.

# Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

# Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

# Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

# Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Fuyooo... kan MG dah kata, memang berbaloi memiliki Alfafa Complex ni... 

Siapa perlukan Alfafa Complex

# yang perlukan Alfafa -  lelaki dan wanita, tua atau muda
# yang tidak boleh mengambil Alfafa - ibu mengandung, pesakit SLE

Packaging / Pricing

Ada 2 packaging yer;
# Saiz S 330 biji
# Saiz L 700 biji

Kalau dah ade 2 packaging, pastinye ade 2 harga, pm untuk harga yang best dari MG especially untuk bulan promo ni..grab best price before January end.

Alhamdulillah... MG dah cover semua yang dijanjikan di awal entry tadi, so maknanya uols dah kenal dan tahu serba-serbi Alfafa Complex Shaklee ni kan.. so tunggu apa lagi.. saya, dia dan mereka sudah berALFAFA, anda....


Fast Action Fast Result

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Sunday, November 3, 2013

Supplement Aku Yang Dulu, Supplement Aku Yang Sekarang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Bukan main lagi tajuk MG kali ni... dah macam lagu Tegar dah, ni lagu faverat MG selain I want to be  a Millionare...




Kali ni MG nak share dgn uols supplement yang MG consume masa dolu-dolu (wah macam dah lama beno) dengan yang MG consume selepas join Shalee. Kalau dulu nak beli supplement, jenuhlah MG berkira-kira, kalau ikut rank dalam monthly budget supplement ni memang rank yang paling last sekali la... Almaklumlah komitmen tinggi...bukan MG kedekut tau, MG bukan orang yang macam tulah... dan kalau MG beli pun selalunya multivitamin je la....makan pun on and off je, ingat makan, tak ingat lagi best, nanti lambat la nak beli lain... hahahaha, boleh cam gitu...

Tapi sejak join SHAKLEE, pendirian MG dah berubah,bukan apa...dah banyak study pasal supplement kan especially yang MG nak makan so sedikit-sebanyak memberi kesedaran pada MG betapa pentingnya pengambilan supplement untuk kesihatan kita...so dah tahu, dah consume, bolehlah share dengan uols..

So sekarang macam-macam supplement MG ade, untuk kesihatan, untuk kecantikan, untuk breastfeeding, untuk kesejahteraan rumahtangga, macam-macam ada..... Untuk anak-anak, untuk suami, untuk ibu tercinta, semua ade..


Set Kesihatan Asas MG
Set Menyusu MG
Set Diet MG
Ni best ...memandangkan bulan lepas bonus shaklee MG MASYUKkkkkkk, from 3 angka to 4 angka.. best kan, MG baru je 2 bulan aktif sharing about supplement yang MG consume, siap bulan ni boleh bagi extra cash to my MOM and PIL, ....and yang paling best... boleh usha supplement seterusnya yang akan masuk dalam gerobok supplement MG.....so MG pilih VIVIX
money... money.. money
Kenapa MG perlu VIVIX, si tonik ajaib ni...mestilah MG perlukan......usia MG pun dah nak late 30th haruslah MG cari supplement yang anti-ageing, awet muda...life begin with 40 katanya kan... kena la jaga, barulah cik abang bertambah sayangggg...




Lagipun time nilah banyak penyakit-penyakit yang nak menyinggah, kalau singgah je takpe lah kan, hendaknya terus menetap kat badan MG macam Diabetislah, darah tinggi lah, nyanyuk lah (oh no), problem sendi lah, saraf lah, jantung lah, kulit berkedut lah... Banyak lagi lah, panjang pulak kang aklau nak list kat sini semua...

So sebelum terlewat... Kena la bertindak pantas. Tambahan pulak bulan ni mmg bulan promosi utk VIVIX, buy 6 free 1, apalagi grabbbbb je le....


Vvix, si tonic ajaib
1 botol boleh,
2, 3, 4, 5 botol boleh,
6 botol... tersangat lah boleh...

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Monday, October 7, 2013

Set Bersalin Shaklee...Premium


Salam UOLS,

Semoga semuanya sihat belaka..Kalau consume supplement shaklee InsyaAllah sihat....hehehe

Kali ni MG nk story sikit la Set Bersalin yg MG offer to my lovely customer, to those yg blm lagi jadi customer MG, sila2...jangan malu2, jangan segan2...so far alhamdulillah, customer MG berpuashati dgn khidmat nasihat MG..bukan MG kata, customer MG yg kata..hehehe...ok enough about that...resume to what MG want to share...

Lately banyak sangat set bersalin yg market offer, mmg variaty..pelbagai jenis dan harga, semuanya untuk kesihatan ibu dalam tempoh berpantang dan masa akan datang. Tapi rata-rata set bersalin yang ditawarkan hanyalah untuk, bukan ibu dan anak.


Pemilihan set bersalin juga perlu mengambilkira keadaan baby, terutamanya bayi yang dilahirkan jaundice. Normally kalau perkara ini terjadi, jururawat mahupun nurse akan menasihati si ibu supaya menghentikan pengambilan sebarang supplement yang dianggap 'panas' sehinggalah baby bebas dari jaundice. Ini berlaku kepada MG sebelum2 ini, di mana supplement tersebut terus terperap tidak dimakan..membazirkan

Alhamdulillah kali ini pilihan MG tepat, kalaulah MG berkenalan dari dulu dgn set bersalin Shaklee ni kan best,good for both, ibu dan anak,x hmm..nak buat macam mana tiada rezeki dan jodoh...inilah set bersalin MG, MG ambik set bersalin premium...

Supplement apa yang terkandung dalam Set Bersalin Premium Shaklee ni..jom tengok;

Set Bersalin Premium Shaklee
B Complex - mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Zinc - meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang. Zinc 

Vitalea - multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera. Ia juga membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa confinement.  Mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

Vitamin C -  mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.

ESP - non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. 

Ostematrix - terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, ini adalah penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.

Alfalfa - bertindak sebagai milk booster di samping membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan.

Omega Guard - minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi. Membantu perkembangan otak bayi dan memori, dan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.

Di samping Set Bersalin Premium, para ibu boleh add on Lecithin, ia membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dengan bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat. Ia juga membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.

Secara kesimpulannya, Set Bersalin Premium yg MG ambil imi merupakan gabungan Set Kesihatan Asas + Zinc + Milk Booster + Set Kurus, amacam best tak...sihat, susu meriah, boleh kurus at the same time, value for money...that why MG kata gunakan tanpa was2, Always Safe, Works and Green, Halal...

Ada Set Bersalin Asas x MG?..ada..tu kita cerita lain masa k..

Note;
1.Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan menguatkan tisu-tisu penghubung.
2.Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas jaundice

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS