~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~
Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Bestnya Bulan Februari 2015


Assalamualaikum wbt semua.

Ya Allah lamanya saya tidak bersiaran di alam blog ni. InsyaAllah lepas ni saya akan kembali aktif bersiaran untuk pengunjung-pengunjung tercinta.

Sebenarnya banyak sangat yang mahu dikongsi dengan uols tapi entah kenapa sejak dua-menjak ini kesibukkan saya sangat melampaui batas (hehehehe). InsyaAllah akan ubah sedikit time management saya untuk menyemarakkan lagi dunia blogger.

Untuk refresh uols, saya ni masih lagi penjual shaklee yang sah dan aktif. So dengan gembiranya saya nak inform uols supaya uols tidak ketinggalan berkenaan promosi AWESOME dan EXTRAVANGA Shaklee pada bulan Februari 2015 ni.

Shaklee memang awesome dan best, kalau dulu setiap bulan hanya ada satu sahaja promosi, tetapi lately sampai empat uols. Best ke best? Memang bestlah..hihihihi

So bulan Februari 2015 ini promosinya ialah Vitalea untuk dewasa, Ostematrix, Advance Joint Health Tablet atau lebih dikenali dengan gelaran AJHT dan Vitalea untuk kanak-kanak. hmmm banyakkan. Untuk pengetahuan uols semua ni memang faveret saya.

Promo 1 FEBRUARI 2015: VITALEA untuk orang dewasa, BELI 6 FREE 1; atau BELI 2 GET 5% DISCOUNT 
Multivitamin yang terhebat buat saya, saya pasti untuk uols juga
Promo 2 FEBRUARI 2015: OSTEMATRIX, BELI 6 FREE 1; atau BELI 2 GET 5% DISCOUNT
Supplemen Kalsium yang sangat best, dan ianya bukan sekadar kalsium biasa.
Promo 3 FEBRUARI 2015: Advance Joint Health Tablet, BELI 3 FREE 1
Supplemen untuk Sendi dan Tulang faveret ibu saya yang tercinta.
Promo 4 FEBRUARI 2015: VITALEA untuk Kanak-kanak, BELI 3 FREE 1
Multivitamin terhebat kanak-kanak ini faveret anak-anak saya, hingga saya terpaksa disorok.
Hmmmm... best kan? setakat sekadar uols mengangguk dan menyiakan tidak memadai yer. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

Ok. sekian sahaja untuk kali ini, sehingga kita berjumpa lagi. InsyaAllah. 

Wassalam.

Sue Mohd | 013-510 0005
Bring Happiness to Others. InsyaAllah
Berkongsi Dari Hati Hanya yang Baik-baik Sahaja

Saturday, October 18, 2014

ViVix Untuk Emak Mertua Buat Suami Tersenyum


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya.

Bertemu kembali kita di alam maya. Alhamdulillah. Semoga anda semua diberikan kesihatan dan rezeki yang luas olehNYA. InsyaAllah. Amin

Tiada apa yang boleh membahagiakan insan tersayang melainkan melihat mereka gembira dan berwajah manis. Sejak kebelakangan ini En. Suami nampak sedikit stress melihat kesihatan emak tercinta yang tidak begitu memberansangkan.

Saya tahu suami sedang memikirkan kesihatan emaknya. Ialah anak mana yang tidak khuatir akan kesihatan emak tercinta. Kegusarannya bertambah sejak jiran kami, yang mana ibunya sedang terlantar sakit, dan simptom-simptomnya agak menyerupai sepertimana yang dikhabarkan oleh anak-anak yang menjaga ibu mereka.

Setiap kali selepas berbicara dengan emaknya, suami mesti termenung. Saya tidak sanggup melihat suami berkeadaan begini. Bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan terasa. Sebelum ni kesihatan emak boleh dikatakan bagus. Saya bekalkan emak dengan Vitalea untuk kesihatan keseluruhan.

Sejak kebelakangan ini, kesihatan emak sering terjejas, demam dua tiga hari, kebah sehari, kemudian demam lagi. Emak kerapkali berkunjung ke hospital tapi atas temujanji lain. Musykil pulak saya, dalam keadaan kesihatan begitu emak tidak pulak diperiksa secara menyeluruh tetapi hanya diperiksa atas tujuan temujanji. Kadang-kadang kita terlalu mengikut 'Rules of Thumb'. Saya rasa tidak salah rasanya berbuat sesuatu yang 'Out of the Box'.

Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja semalam, saya teringat Vivix, teringat kepada emak. Ya Vivix mungkin sesuai untuk emak. Usai solat Maghrib, saya utarakan pada suami agar kami belikan Vivix untuk emak. Saya terangkan satu persatu kandungan serta manfaat Vivix serta berkongsi serba-sedikit testimoni mereka yang mengambil Vivix. Setelah faham dan mengetahui manfaat Vivix, akhirnya suami bersetuju.
Manfaat VIVIX
Saya mencadangkan agar kami order online dan pos terus pada emak yang tinggal bersama adiknya. Suamiku hanya tersenyum sambil mengangguk. Alhamdulillah suami gembira. Ada sedikit sinar pada wajahnya. Usaha. Allah suka orang yang berusaha.

Saya memohon para pembaca yang budiman mendoakan kesihatan emak mertua saya kembali seperti sedia kala. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran yang berlipat kali ganda serta memakbulkan segala hajat anda semua. Amin

Sekiranya anda mahu berbicara dengan saya, boleh hubungi saya di talian 013-510.0005

Wassalam.

Sue Mohd
Bring Happiness to EveryOne

Thursday, October 2, 2014

ESP.. Apa Yang Anda Perlu Tahu


Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung yang budiman..

Sempena bulan ESP ni, jom berkenalan dengan ESP lebih dekat lagi. Di sinilah bermulanya sebuah CINTA saya dengan SHAKLEE.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

TAHUKAH ANDA?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
 
PENTINGKAH PROTEIN?

Badan manusia memerlukan protein untuk pembesaran. It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats

4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi  . Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa sahaja masakan terutama yang bergoreng.


Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

KELEBIHAN ESP

Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.

Ia menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

Kandungan fitoestrogen pula untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous.

Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

KESAN PENGAMBILAN ESP

Pelajar, pekerja atau individu dewasa - As energy booster (kalau minum pagi-pagi terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki - melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung - for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita - keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Makanya, ESP ni sesuai dan memberi manfaat kesihatan buat semua. Peluang promosi BUY 6 FREE 1 ESP bulan ini memang tidak seharusnya disia-siakan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 013.510.0005. Saya sedia membantu

Wassalam.

Saturday, May 17, 2014

Oh MG ber'Explore Race - Treasure Hunt'


Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols...

Mula-mula MG doakan uols sentiasa sihat, happy-happy je, baik-baik2 je..

Hari ni MG nak share dengan uols, aktiviti MG dan anak-anak. Kami join Explore Race - Treasure Hunt, Sempena Program Isra' Mikraj 1435H/2014M.

Sticker tampal kat kereta...
Normally activiti macam ni husband dengan anak-anak yang selalu join, tapi memandangkan husband outstation, MG mengambilalih tugas tersebut.. MG boleh je..

Sebagai persediaan awal MG dah ambil VITALEA, BCOMPLEX dan VITAMIN C.. MG kena pastikan MG bertenaga hingga tamat program.. tambahan cuaca tak menentu, belum tentu lagi panas hingga ke petangkan, MG ni sensitif sikit kalau kena hujan, cepat rasa nak demam dan flu.. so sebelum apa-apa kita sediakan payung sebelum hujan...

Vitalea, Bcomplex, Vitamin C SR
inilah aturcara sepanjang program untuk hari ni;
Program Explore-Race
Syukur program half day.. kesian kat baby MG nanti.. Almaklumlah, MG lah drivernya, MG lah pesertanya, MG lah baby sitternya... hahahaha..

Setiap group terdiri dari 4 orang ahli, rasanya peserta yang paling sempoi MG dan anak-anaklah, group MG.. MG, Danish (anak sulung, 14 tahun), Hazim (anak ketiga, 10 tahun) dan Elisya (anak keempat, 8 tahun) dan ada 2 orang peserta comel, Hasif (2 tahun) dan Eiliya (9 bulan)... camne nak treasure hunt tu... hehehehe..
Breakfast sebelum bermula.. antara perserta wanita
Basically ada 5 surau yang terlibat dalam Explore race ni, Surau Al-Ansar, Surau Al-Fathonah, Surau As-Siddiq, Surau Al-Amin dan Madrasah Cheras Perdana.. 4 surau dari Bandar Tun Hussein Onn dan 1 surau dari Cheras Perdana. Jumlah group yang turut serta 26 group kalau tak silap MG, dan group-group tersebut semuanya gagah perkasa, group wanita atau group lelaki.. mantopsss uols

Explore Race bermula 8.30am.. peserta di beri soalan dan clue yang berlainan. Wisel permulaan dibunyikan peserta menuju destinasi masing-masing, MG dan group pun sama, sambil jawab ke manakah surau destinasi pertama kami..

Kami menuju destinasi;
1). destinasi pertama Surau Madrasah Cheras Perdana, rupa-rupanya silap destinasi, then we headed to Surau Al-Amin.. sampai di destinasi, kami diarahkan untuk bermain satu permainan, pukul 3 bulu tangkis masuk dalam baldi, so orang yang sesuai siapa lagi, Danishlah.. terror anak MG, tak sampai 5 minit dah settle.. then kena jawab soalan pulak.. berjaya

2). next surau pulak, now barulah Madrasah Cheras Perdana, kat sini terbalik punya, jawab soalan dulu then main game, kali ni baling dat pulak.. 4 dat semuanya.. kat sini pun sekejap je..

3).so next destinasi Surau Al-Ansar, kat sini kami kena solve puzzle, puzzle bina europlane, berpeluh jugaklah, lama jugalah kami di sini, lepas selesai jawab soalan lagi, sebelum bergerak keluar, memandangkan kat sini AJK program ramai yang mengenali kami, banyak soalan yang AJK tanya, mana papanya? siapa drivernya? bawa baby 2 orang ke? ni nombor HP yang cantik tu ke? wah bertalu-talu soalan, layan... mereka kata kami quite good sebab selesaikan dalam masa kurang dari 30 minutes, sebab ada group sampai 1 hour

4). Surau keempat pulak Surau Al-Fathonah, biasalah mama parking, Danish meluru ambil soalan, ahli kumpulan lelap, Hazim dan Elisya terkedik-kedik keluar, Hazim bawa Hasif, MG selalunya keluar last bawa baby Eiliya.. uols boleh imagine tak bagaimana MG dan anak-anak Explore Race. Danish kelam-kabut bagi kertas soalan, mama jawab, abang kena kira tangga... oh ok, lepas jawab, MG pass jawapan untuk AJK, kat sini pun AJK kenal kami, macam biasa kena interview.. layannn.. kat sini kami main bowling tin.. Danish settle kan sekejap..

5). kemudian destinasi terakhir kami ke Surau As-Siddiq, disini kena jawab soalan dulu then kena buat layang-layang. Anak-anak MG tak pernah buat layang-layang. Almaklumlah layang-layang sekarang beli je, bukan macam zaman MG dulu, buat sendiri. Danish tanya MG, mama tau ke? MG jawab, InsyaAllah mama boleh? Alhamdulillah.. berjaya.. memandangkan AJK kenal kami, lagi sekali kami kena interview, layan.. agak memeranjatkan AJK di sini dengan keadaan kami yang meriah dengan anak-anak, mampu menyelesaikan tugasan dengan cepat..

So.. last check point Masjid.. sampai parking, Danish meluru keluar menuju garisan penamat, kami team no.17, not bad, tapi pemenang belum tahu lagi, bergantung dengan jawapan yang diberikan semasa pertandingan, dan keputusan hanya akan diumumkan pada 27 Mei 2014... so tunggguuuu...

Ini adalah antara soalan yang perlu dijawab setiap destinasi, ada 2 soalan, 1 soalan berkaitan dengan setiap surau, 1 lagi soalan adalah lagi umum, iaitu;
1. 2 kifarah bagi orang yang merosakkan puasa di bulan Ramadhan?
2. Makna selawat dalam bahasa dan syarak?
3. Surah apa yang dibaca tidak perlu dimulakan dengan bismillah?
4. Makna Nafar Thani?
5. 3 golongan yang disebut dalam Surah Al-Waqiah?

So uols jawablah soalan-soalan tu...

Rehat sekejap, baby Eiliya tertidur, kepenatan;
penat... tidoooo
Acara yang seterusnya lunch..inilah pemadangan masa lunch, masing-masing penat tapi makan tetap makan, time ni hujan lebat sangat, syukur Allah permudahkan program tadi.. so kami menikmati lunch dalam keadaan hujan yang lebat.. besttttt..
menikmati lunch....
Dan program berakhir jam 12.00pm.. so kami terus pergi ke sekolah ambil anak kedua MG, Aas yang tuition dan tidak dapat join Explore Race..

Sebelum berakhir MG tanya anak-anak MG especially Danish, mereka happy or penat? jawapan macam biasa.. HAPPY!!!! so MG pun HAPPY!!!!! anak-anak MG ni suka aktiviti seumpama ini.. memang selalu join bersama husband, MG je yang jarang..

So.. MG harap uols happy dengan story MG kali ni...

Dan jangan lupa dapatkan stok supplemen anda dari MG; nak join member pun boleh..

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20






Sue Mohd Si Mama Gorgeous
SID : 961604
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
https://jomsihatjelita.blogspot.com

Thursday, March 20, 2014

Busy Busy di Hujung Minggu...


Assalamualaikum dan salam sejahtera peminat MG...

MG ni bukan weekdays je busy tau..Weekend lagilah, double triple busy.. MG rasa uols pun macam tu juga betul tak...

MG ni takde assistant, kalau ade hubby tersayang and askar-askar MG yang tercinta je, bolehlah... tp MG lebih suka buat sendiri semua, mencapai standard sendiri..... hehehehe

Masa weekend wajid salah satu hari tu allocate untuk berkemas, at least lah rumah ade 1 hari rumah nampak best, sejak ade Baby Hasif, memang susah sangat nak kemas, lately Baby Eiliya pun dah pandai follow abang kecik buat aktiviti punggah-memunggah... tu yang double triple penat

Alhamdulillah.. sejak consume Shaklee FAMILY WELLNESS SET ni memang banyak sangat membantu.. terasa kelainannya, rasa sihat, bertenaga dan kurang stress. Kalau tak dulu cepat sangat letih... kalau dah letih, banyak benda tak settle, mulalah angin cepat naik... teruknya MG dulu..

Bagi MG sangat penting untuk kita menjaga kesihatan sepanjang masa, sebabnya terasa rugi sangaat lah kalau weekend tak bermaya, weekend lah sahaja hari untuk MG untuk bersama keluarga, nk all out dgn family katakan..

MG selalu juga terdengar rakan2 yang mengadu rasa nak fever pada hari jumaat, kata mereka, nasib baiklah esok sabtu... bukan ni tak fair ke utk family... itu bagi MGlah, tak pasti pulak uols

Shaklee FAMILY WELLNESS SET ni, basically ada Vitalea, Bcomplex, Vitamin c.. tapi untuk tenaga dan kesegaran yang berpanjangan MG add on ESP.. Lagipun kalau dah leka membuat kerja2 rumah sampai lupa nak makan.. so dengan ESP Alhamdulillah terasa kenyang yang agak lama...
Set Asas/Family Wellness

Kenapa MG suka sangat? Shaklee FAMILY WELLNESS SET, bagaimana ia membantu MG?

Jom MG explain kehebatan kandungan setiap supplement ni yang boleh memberi maanfaat kepada kita semua.. Antara kebaikan Shaklee FAMILY WELLNESS SET adalah :

::: Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
::: Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
::: Menguatkan system imun anda
::: Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat


Vitalea, Iron Formula


Multivitamin yang hebat. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Vitalea ni merupakan Multivitamin yang lengkap. Kekurangan zat besi (Iron) boleh menyebabkan tekanan darah rendah... insyaAllah pengambilan Vitalea membantu dalam hal ini. Jika anda mengalami tekanan darah rendah, dicadangkan mengambil 2 biji vitalea setiap hari, iaitu sebelah pagi dan malam, kedua-duanya after meal yer

Pengambilan secara konsisten boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Ia juga mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

Vitalea juga mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.

Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh serta Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.


Vitamin C Sustained Release



Vitamin C SR Shaklee mengandungi 500mg vitamin C keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan. sangat penting untuk imun tubuh kita.

Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan

Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan. Ambil 2 biji sehari sampailah demam ok.

MG memang amalkan ni bersama Vitalea, Alhamdulillah cepat recover.



B-Complex


Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda.

Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh . Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan.

Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental.

Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak. Ianya juga mengelak kulit wajah kelihatan kusam tak bermaya.



Energizing Soy Protein



Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.

Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

25% Badan kita adalah protein. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Protein soya juga membantu mengurangkan kolesterol.


Sebenarnya SET FAMILY WELLNESS Shaklee ni sesuai untuk sesiapa pun, terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan. Buat yang kekal sihat dan ingin menjalankan aktiviti bersama kelauarga tercinta, bolehlah mengamalkann pengambilan suplemen ini.. berusaha ke arah hidup sihat, InsyaAllah...

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Monday, February 24, 2014

Vitalea Shaklee sebagai Multivitamin yg Terhebat


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

MG rasa bangga sangat consume multivitamin pertama dan terbaik dunia ni, VITALEA with IRON FORMULA.. uols tengok poster ni


Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga.

Untuk dapat harga paling best, uols ada 5 hari lagi untuk dapatkan Vitalea ni.. bulan depan nak grab boleh juga tapi harga biasa.. so jangan tunggu lagi, untuk penjimatan berganda, boleh grab 6 botol terus, sbb kalau beli 6 botol free 1, buat stok setahun terus, tak pun boleh sedekah untuk org2 yang tersayang....

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Tuesday, February 4, 2014

VITALEA Shaklee d Great


Assalamualikum dan salam sejahtera peminat MG.....

Memandangkan bulan ni promotion untuk Vitalea buy 6 free 1, dah on 3 hari dah pun... MG nak kenalkan uols dengan Multivitamin terhebat Vitalea with Iron Formula..

Jom berkenalan dengan multivitamin VITALEA Shaklee... sebelum tu tengok poster promosi untuk bulan ni;



Sejarah Vitalea Shaklee;

Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Pada awalnya dekenali sebagai VITALIZE-MINERAL dan disingkatkan sebutan kepada VITA-MIN, dan yang menariknya perkataan vitamin yang menjadi sebutan hingga ke hari ini itu sendiri berasal dari VITA-MIN Shaklee. Vitalea, pada awal kemunculannya adalah dalam bentuk cecair (90 tahun dahulu...wow) berubah bentuk kepada tablet ekoran peningkatan teknologi.

Old Vitalea 1915
Teknologi Vitalea;

Tablet Vitale disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, dinamakan EXPLO-TAB. Ia merupakan tablet multivatimin yang paling pantas di duniaterlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Keberkesanan Vitalea;

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee dalam jangkamasa setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVATIM di dalam PUBLIC INTEREST pada tahun 2000.

Perbezaan Vitalea Shaklee;

Percaya atau tidak Vitalea disokong oleh 7 kajian klinikal. Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. Vitalea juga menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu bagi memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

Kandungan Vitalea;

Vitalea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Nutrisi yang terkandung di dalam Vitalea;



    • Vitamin A ~ Untuk kesihatan mata, anti-oksida, melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, menguatkan kerangka tulang, gusi, gusi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
    • Vitamin C ~ Berfungsi sebagai anti-oksida, melawan kanser, meransang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, mempercepatkan sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku serta hidung berdarah.
    • Vitamin D ~ Memperkasakan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
    • Vitamin E ~ Sebagai anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancarkan sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, serta baik untuk sistemproduktif lelaki dan mengurangkan kesan parut.
    • Thiamin (Vitamin B1) ~ Untuk menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran, membantu masalah keresahan, mabuk laut/darat serta mengurangkan petanda herpes zoster.
    • Riboflavin (Vitamin B2) ~ Untuk Menukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
    • Niacin (Vitamin B3) ~ Untuk menukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik utk perut dan usus.
    • Vitamin B6 ~ Sebagai metabolisma protin, membaiki otot, senggugut, penenang, mengelakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas dan anemia.
    • Folate (Asid Folik) ~ Untuk kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut serta kesihatan kulit.
    • Vitamin B12 ~ Membantu tumbesaran  fetus, dan kanak-kanak, membantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
    • Biotin ~ Membantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabestis, saki otot, ekzema dan keradangan kulit.
    • Phantothenic Acid (Vitamin B5) ~ Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepat sembuhan luka.
    • Kalsium ~ Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoperosis / penyakit tulang lembut.
    •  Fosforus  ~  Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
    • Iodin ~ Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan,
    • Magnesium ~ Untuk kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
    • Zinc ~ Perkasa sistem imun, mempercepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik utk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
    • Selenium ~ 
    • Copper ~ Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.
    • Manganese ~Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung 
    • Chromium ~ membantu mengekalkan tahap normal glukos dalam darah dengan meningkatkan pengunaan insulin oleh badan
    • Molybdenum ~ membantu menbuang toksin dan menghalang penghasilan asid urik dalam badan
    • Nickel ~ pengesan mineral protein hydrolysate
    • Tin ~ pengesan mineral protein hydrolysate
    • Vanadum ~ pengesan mineral protein hydrolysate
    • Boron ~ Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
    • Iron ~ Zat besi yang membantu penghasilan sel darah merah bagi penghidap anemia juga utk ibu yang masih menyusukan bayi agar zat besi yang terkandung dalam susuibu dapat disalurkan kepada bayi yang masih menyusu 
Kebaikan2 Vitalea;

Apa kebaikan atau manfaat kalau uols consume Vitalea ni, banyak sebenarnya..antaranya;-

~ Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

~ Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

~ Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yg sedang membesar.

~ Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

~ Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon. serta menjaga kesihatan tirod.

~ Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Siapa Yang Memerlukan Vitale;

Sebenarnya bagi MG ramai yang perlukan Multivitamin Vitalea ni, terutamanya sekiranya uols tergolong dalam;-

Individu dewasa yang mementingkan kesihatandan kecerdasan tubuh jangka panjang.
Indidvidu yang tidak lengkap diet hariannya.
Individu yang ingin meningkatkan sisitem imun.
Remaja yang sedang membesar.
Lelaki dan wanita tidak kira peringkat umur.
Wanita hamil, menyusukan anak dan ibu dalam pantang.
Wanita hamil dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah  HB rendah.
Wanita hamil dan menyusukan baby

Cara Pengambilan;

Untuk kesihatan berpanjangan, MG sarankan sebiji waktu pagi, sebiji malam. pastikan diambil selepas makan berat. so... jangan lupa dapatkan Vitalea ni untuk uols serta insan tersayang.

ok.. until we me meet again, salam kesihatan.. muahhhh

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Sunday, November 3, 2013

Supplement Aku Yang Dulu, Supplement Aku Yang Sekarang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Bukan main lagi tajuk MG kali ni... dah macam lagu Tegar dah, ni lagu faverat MG selain I want to be  a Millionare...




Kali ni MG nak share dgn uols supplement yang MG consume masa dolu-dolu (wah macam dah lama beno) dengan yang MG consume selepas join Shalee. Kalau dulu nak beli supplement, jenuhlah MG berkira-kira, kalau ikut rank dalam monthly budget supplement ni memang rank yang paling last sekali la... Almaklumlah komitmen tinggi...bukan MG kedekut tau, MG bukan orang yang macam tulah... dan kalau MG beli pun selalunya multivitamin je la....makan pun on and off je, ingat makan, tak ingat lagi best, nanti lambat la nak beli lain... hahahaha, boleh cam gitu...

Tapi sejak join SHAKLEE, pendirian MG dah berubah,bukan apa...dah banyak study pasal supplement kan especially yang MG nak makan so sedikit-sebanyak memberi kesedaran pada MG betapa pentingnya pengambilan supplement untuk kesihatan kita...so dah tahu, dah consume, bolehlah share dengan uols..

So sekarang macam-macam supplement MG ade, untuk kesihatan, untuk kecantikan, untuk breastfeeding, untuk kesejahteraan rumahtangga, macam-macam ada..... Untuk anak-anak, untuk suami, untuk ibu tercinta, semua ade..


Set Kesihatan Asas MG
Set Menyusu MG
Set Diet MG
Ni best ...memandangkan bulan lepas bonus shaklee MG MASYUKkkkkkk, from 3 angka to 4 angka.. best kan, MG baru je 2 bulan aktif sharing about supplement yang MG consume, siap bulan ni boleh bagi extra cash to my MOM and PIL, ....and yang paling best... boleh usha supplement seterusnya yang akan masuk dalam gerobok supplement MG.....so MG pilih VIVIX
money... money.. money
Kenapa MG perlu VIVIX, si tonik ajaib ni...mestilah MG perlukan......usia MG pun dah nak late 30th haruslah MG cari supplement yang anti-ageing, awet muda...life begin with 40 katanya kan... kena la jaga, barulah cik abang bertambah sayangggg...




Lagipun time nilah banyak penyakit-penyakit yang nak menyinggah, kalau singgah je takpe lah kan, hendaknya terus menetap kat badan MG macam Diabetislah, darah tinggi lah, nyanyuk lah (oh no), problem sendi lah, saraf lah, jantung lah, kulit berkedut lah... Banyak lagi lah, panjang pulak kang aklau nak list kat sini semua...

So sebelum terlewat... Kena la bertindak pantas. Tambahan pulak bulan ni mmg bulan promosi utk VIVIX, buy 6 free 1, apalagi grabbbbb je le....


Vvix, si tonic ajaib
1 botol boleh,
2, 3, 4, 5 botol boleh,
6 botol... tersangat lah boleh...

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Monday, October 7, 2013

Set Bersalin Shaklee...Premium


Salam UOLS,

Semoga semuanya sihat belaka..Kalau consume supplement shaklee InsyaAllah sihat....hehehe

Kali ni MG nk story sikit la Set Bersalin yg MG offer to my lovely customer, to those yg blm lagi jadi customer MG, sila2...jangan malu2, jangan segan2...so far alhamdulillah, customer MG berpuashati dgn khidmat nasihat MG..bukan MG kata, customer MG yg kata..hehehe...ok enough about that...resume to what MG want to share...

Lately banyak sangat set bersalin yg market offer, mmg variaty..pelbagai jenis dan harga, semuanya untuk kesihatan ibu dalam tempoh berpantang dan masa akan datang. Tapi rata-rata set bersalin yang ditawarkan hanyalah untuk, bukan ibu dan anak.


Pemilihan set bersalin juga perlu mengambilkira keadaan baby, terutamanya bayi yang dilahirkan jaundice. Normally kalau perkara ini terjadi, jururawat mahupun nurse akan menasihati si ibu supaya menghentikan pengambilan sebarang supplement yang dianggap 'panas' sehinggalah baby bebas dari jaundice. Ini berlaku kepada MG sebelum2 ini, di mana supplement tersebut terus terperap tidak dimakan..membazirkan

Alhamdulillah kali ini pilihan MG tepat, kalaulah MG berkenalan dari dulu dgn set bersalin Shaklee ni kan best,good for both, ibu dan anak,x hmm..nak buat macam mana tiada rezeki dan jodoh...inilah set bersalin MG, MG ambik set bersalin premium...

Supplement apa yang terkandung dalam Set Bersalin Premium Shaklee ni..jom tengok;

Set Bersalin Premium Shaklee
B Complex - mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Zinc - meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang. Zinc 

Vitalea - multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera. Ia juga membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa confinement.  Mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

Vitamin C -  mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.

ESP - non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. 

Ostematrix - terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, ini adalah penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.

Alfalfa - bertindak sebagai milk booster di samping membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan.

Omega Guard - minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi. Membantu perkembangan otak bayi dan memori, dan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.

Di samping Set Bersalin Premium, para ibu boleh add on Lecithin, ia membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dengan bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat. Ia juga membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.

Secara kesimpulannya, Set Bersalin Premium yg MG ambil imi merupakan gabungan Set Kesihatan Asas + Zinc + Milk Booster + Set Kurus, amacam best tak...sihat, susu meriah, boleh kurus at the same time, value for money...that why MG kata gunakan tanpa was2, Always Safe, Works and Green, Halal...

Ada Set Bersalin Asas x MG?..ada..tu kita cerita lain masa k..

Note;
1.Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan menguatkan tisu-tisu penghubung.
2.Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas jaundice

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS