Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya.
Bertemu kembali kita di alam maya. Alhamdulillah. Semoga anda semua diberikan kesihatan dan rezeki yang luas olehNYA. InsyaAllah. Amin
Tiada apa yang boleh membahagiakan insan tersayang melainkan melihat mereka gembira dan berwajah manis. Sejak kebelakangan ini En. Suami nampak sedikit stress melihat kesihatan emak tercinta yang tidak begitu memberansangkan.
Saya tahu suami sedang memikirkan kesihatan emaknya. Ialah anak mana yang tidak khuatir akan kesihatan emak tercinta. Kegusarannya bertambah sejak jiran kami, yang mana ibunya sedang terlantar sakit, dan simptom-simptomnya agak menyerupai sepertimana yang dikhabarkan oleh anak-anak yang menjaga ibu mereka.
Setiap kali selepas berbicara dengan emaknya, suami mesti termenung. Saya tidak sanggup melihat suami berkeadaan begini. Bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan terasa. Sebelum ni kesihatan emak boleh dikatakan bagus. Saya bekalkan emak dengan Vitalea untuk kesihatan keseluruhan.
Sejak kebelakangan ini, kesihatan emak sering terjejas, demam dua tiga hari, kebah sehari, kemudian demam lagi. Emak kerapkali berkunjung ke hospital tapi atas temujanji lain. Musykil pulak saya, dalam keadaan kesihatan begitu emak tidak pulak diperiksa secara menyeluruh tetapi hanya diperiksa atas tujuan temujanji. Kadang-kadang kita terlalu mengikut 'Rules of Thumb'. Saya rasa tidak salah rasanya berbuat sesuatu yang 'Out of the Box'.
Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja semalam, saya teringat Vivix, teringat kepada emak. Ya Vivix mungkin sesuai untuk emak. Usai solat Maghrib, saya utarakan pada suami agar kami belikan Vivix untuk emak. Saya terangkan satu persatu kandungan serta manfaat Vivix serta berkongsi serba-sedikit testimoni mereka yang mengambil Vivix. Setelah faham dan mengetahui manfaat Vivix, akhirnya suami bersetuju.
![]() |
Manfaat VIVIX |
Saya memohon para pembaca yang budiman mendoakan kesihatan emak mertua saya kembali seperti sedia kala. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran yang berlipat kali ganda serta memakbulkan segala hajat anda semua. Amin
Sekiranya anda mahu berbicara dengan saya, boleh hubungi saya di talian 013-510.0005
Wassalam.
Sue Mohd
Bring Happiness to EveryOne
No comments:
Post a Comment