~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~
Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Bestnya Bulan Februari 2015


Assalamualaikum wbt semua.

Ya Allah lamanya saya tidak bersiaran di alam blog ni. InsyaAllah lepas ni saya akan kembali aktif bersiaran untuk pengunjung-pengunjung tercinta.

Sebenarnya banyak sangat yang mahu dikongsi dengan uols tapi entah kenapa sejak dua-menjak ini kesibukkan saya sangat melampaui batas (hehehehe). InsyaAllah akan ubah sedikit time management saya untuk menyemarakkan lagi dunia blogger.

Untuk refresh uols, saya ni masih lagi penjual shaklee yang sah dan aktif. So dengan gembiranya saya nak inform uols supaya uols tidak ketinggalan berkenaan promosi AWESOME dan EXTRAVANGA Shaklee pada bulan Februari 2015 ni.

Shaklee memang awesome dan best, kalau dulu setiap bulan hanya ada satu sahaja promosi, tetapi lately sampai empat uols. Best ke best? Memang bestlah..hihihihi

So bulan Februari 2015 ini promosinya ialah Vitalea untuk dewasa, Ostematrix, Advance Joint Health Tablet atau lebih dikenali dengan gelaran AJHT dan Vitalea untuk kanak-kanak. hmmm banyakkan. Untuk pengetahuan uols semua ni memang faveret saya.

Promo 1 FEBRUARI 2015: VITALEA untuk orang dewasa, BELI 6 FREE 1; atau BELI 2 GET 5% DISCOUNT 
Multivitamin yang terhebat buat saya, saya pasti untuk uols juga
Promo 2 FEBRUARI 2015: OSTEMATRIX, BELI 6 FREE 1; atau BELI 2 GET 5% DISCOUNT
Supplemen Kalsium yang sangat best, dan ianya bukan sekadar kalsium biasa.
Promo 3 FEBRUARI 2015: Advance Joint Health Tablet, BELI 3 FREE 1
Supplemen untuk Sendi dan Tulang faveret ibu saya yang tercinta.
Promo 4 FEBRUARI 2015: VITALEA untuk Kanak-kanak, BELI 3 FREE 1
Multivitamin terhebat kanak-kanak ini faveret anak-anak saya, hingga saya terpaksa disorok.
Hmmmm... best kan? setakat sekadar uols mengangguk dan menyiakan tidak memadai yer. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

Ok. sekian sahaja untuk kali ini, sehingga kita berjumpa lagi. InsyaAllah. 

Wassalam.

Sue Mohd | 013-510 0005
Bring Happiness to Others. InsyaAllah
Berkongsi Dari Hati Hanya yang Baik-baik Sahaja

Saturday, November 1, 2014

Omega Guard Promotion Buy 6 Free 1 Muncul Kembali


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog. Saya doakan anda semua diberikan kesihatan, gembira di samping orang-orang tersayang serta berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Amin

Hari ini hari happy buat saya. Pagi-pagi lagi dah dapat berita gembira.

Yeayyyyy.. Promotion Buy 6 Free 1 Omega Guard muncul kembali. Memang best. memang awesome. Bukan saya saje yang gembira. Orang yang di luar sana especially pengguna tegar Omega Guard pun gembira. Anda juga boleh menjadi sebahagian dari mereka. Tak kenal maka tak cinta. dah kenal nanti, baru uols tahu penangan Omega Guard ni. Gurantee uols suka sangat. Lagipun Omega Guard ni banyak kelebihannya.

Inilah poster promotion Omega Guard Buy 6 free 1.


Bagi yang berminat jangan tunggu lama-lama, bertindak sekarang. Nanti out of stock. Rugikan

Oh ye, sebelum terlupa sebenarnya ada lagi yang offer menarik untuk bulan ni... jeng..jeng..jeng. Yang ini tersangatlah best. Nak tahu kenalah roger saya ok.

Contact saya disini, 013-510 0005

Ok sehingga ketemu lagi.. Luv uols.

Thursday, October 2, 2014

ESP.. Apa Yang Anda Perlu Tahu


Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung yang budiman..

Sempena bulan ESP ni, jom berkenalan dengan ESP lebih dekat lagi. Di sinilah bermulanya sebuah CINTA saya dengan SHAKLEE.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

TAHUKAH ANDA?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
 
PENTINGKAH PROTEIN?

Badan manusia memerlukan protein untuk pembesaran. It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats

4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi  . Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa sahaja masakan terutama yang bergoreng.


Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

KELEBIHAN ESP

Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.

Ia menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

Kandungan fitoestrogen pula untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous.

Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

KESAN PENGAMBILAN ESP

Pelajar, pekerja atau individu dewasa - As energy booster (kalau minum pagi-pagi terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki - melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung - for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita - keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Makanya, ESP ni sesuai dan memberi manfaat kesihatan buat semua. Peluang promosi BUY 6 FREE 1 ESP bulan ini memang tidak seharusnya disia-siakan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 013.510.0005. Saya sedia membantu

Wassalam.

Wednesday, October 1, 2014

Promotion ESP Buy 6 Free 1 Bulan October 2014


Assalamualauikum dan selamat sejahtera semua..

Hari ni saya sangat gembira!!!!!!

Kenapa saya gembira. Malam tadi sebelum tidur saya dah terbayang, bestnya kalau  bulan ini milik ESP. Ya Allah tengahari tadi selepas dapat messsage sememangnya promosi bulan ni milik SI ESP YANG GORGEOUS.

Saya rasa macam nak melompat sampai ke bintang je... hehehehe, inilah statement orang terlampau happy.

Saya berharap bulan ni semuanya happy dengan promosi ESP Buy 6 Free 1 ni. Setahu sayalahkan Promosi ESP ni memang ditunggu ramai terutamanya bagi PEMINAT KIPAS ESP.

Poster Promo Buy 6 Free 1 ESP yang cantikkkk sangat...
Selalunya masa Promosi ESP Buy 6 Free 1 nilah ramai orang join member, sebab itulah ramai yang happy. Time ni memang jimatnya berganda-ganda, mana tidaknya, dahlah dapat FREE 1 ESP dapat free membership pulak tu. Memang melompat ke bintang beramai-ramailah.

Pendek kata inilah yang uols dapat kalau grab peluang ni;

Dengan membeli Promosi ESP Buy 6 Free 1, uols entitle untuk semua ni:
1. PERCUMA 1 bernilai RM150
2. PERCUMA keahlian bernilai RM65
3. CASH REBATE bernilai RM36
4. ACCESS ke Millionaire Secret Group worth PRICELESS!!

Sangat berbaloi!!!!

Grab sekarang before out of stock!!!

Contact me, Sue Mohd, 013-510 0005 for more sharing about ESP, Saya memang PEMINAT KIPAS ESP, everyday saya memang ambil, dalam frigde rumah memang sentiasa standby.. hihihi

Ok.. itu sahaja untuk hari ni, stay tune yer for more sharing about ESP...

Monday, February 24, 2014

Vitalea Shaklee sebagai Multivitamin yg Terhebat


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

MG rasa bangga sangat consume multivitamin pertama dan terbaik dunia ni, VITALEA with IRON FORMULA.. uols tengok poster ni


Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga.

Untuk dapat harga paling best, uols ada 5 hari lagi untuk dapatkan Vitalea ni.. bulan depan nak grab boleh juga tapi harga biasa.. so jangan tunggu lagi, untuk penjimatan berganda, boleh grab 6 botol terus, sbb kalau beli 6 botol free 1, buat stok setahun terus, tak pun boleh sedekah untuk org2 yang tersayang....

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Wednesday, December 4, 2013

Barang Naik, Orang Merungut, MG Berbicara


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Semoga hari ni merupakan hari yang baik untuk anda semua… saya Alhamdulillah, sejak terjerumus dengan SHAKLEE ni, hidup saya terpaksa lebih indah daripada sebelumnya…. Menjadi seorang yang lebih positif, berkeyakinan tinggi dan berani..


Ya.. terus terang saya pernah melakukan pelbagai bisness sebelum ini, tapi kurang berjaya dan tidak enjoy, amat berbeza dengan SHAKLEE, sebab saya sendiri merasakan keseronokan itu, seronok berkongsi produk kerana saya sendiri merupakan pengguna produk SHAKLEE, disebabkan itu saya boleh berkongsi dengan anda secara jujur dan ikhlas mengenai produk SHAKLEE, bagaimana produk tersebut berkesan terhadap saya, dan yang penting dan best apabila customer yang consume product memberikan feedback yang positif, supplement yang mereka ambil memberi kesan sebagaimana yang mereka harapkan...... Alhamdulillah, secara tidak langsung saya dah maju selangkah ke hadapan iaitu membantu mereka menambahkan lagi tahap kesihatan mereka…..

Saya memang dah lama bercita-cita untuk menjadi Working At Home Mama (WAHM), dan memang dah lama mencari bisness apa yang sesuai untuk saya… sehinggalah pada suatu hari seorang sahabat, officemate saya menceritakan keseronokan dan perubahan yang beliau rasa setelah tejerumus dengan SHAKLEE, kebetulan ketika itu saya memang nak bercadang untuk mengambil SET BERPANTANG SHAKLEE dari beliau, nak merasa berpantang secara moden, sebab sebelum-sebelum ini saya mengambil supplement yang berbentuk herba, yang kebanyakkan memang saya tak habis makan sebab memudaratkan baby, last2 expired begitu saja, sayang kan, so untuk kali ini saya memilih supplement  SHAKLEE, sebab ianya Vitamin dan terlampau ramai yang memberi respons yang positif di Internet mendorong saya lebih positif kepada supplement Shaklee… so dapatlah saya join member free membership pada masa itu…
SET BERPANTANG SHAKLEE SAYA
Sebenarnya saya tiada intention pun nak jadikan bisness SHAKLEE ni sebagai bisness part time atau kerjaya saya pada masa tu sebab saya memang dah give up untuk menceburkan diri dengan sebarang kerjaya yang berbentuk bisness selain dengan apa yang saya ada sekarang, kerana dalam benak fikiran saya berkata, mungkin inilah takdir saya, bekerja makan gaji, mengharapkan pencen, kalau ade, dan saving yang ade… tetapi semua itu telah berubah apabila seorang rakan mahu membeli Meal Shake dari saya, dalam hati berkata..eh belum start apa2 pun dah ade customer yang tanya, menarik betul produk SHAKLEE ni..

MEAL SHAKES SHAKLEE... sale pertama saya
Agaknya naluri untuk menjadi WAHM tu memang sangat kuat dan masih ada dalam diri saya, saya ingin mencuba, tak salah mencuba, saya seolah-olah ingin memberi peluang seterusnya pada diri-sendiri ketika itu… Lagipun mendengar cerita sahabat saya sebelum ini, Group Secret Shaklee ini memang macam best (memang best pun) sebab menekankan bukan sahaja dunia tapi akhirat juga, menambahkan lagi daya tarikan saya. Dalam fikiran saya, mungkin inilah salah satu cara saya mendekatkan diri dengan Allah…InsyaAllah.

Setelah menjadi ahli, sahabat saya telah meng'invite'  saya ke dalam Group FB, ade beberapa group… apabila saya browse group2 tu, Ya Allah… saya sangat teruja, banyaknya tips dan info untuk berjaya terdapat dalam Group2 tu… tinggal diri kita je, nak atau tak nak, saya rasa tersangat bertuah kerana diberikan ALLAH petunjuk ini… Alhamdulillah… Seronok sangat melihat kejayaan-kejayaan mereka yang dalam Group2 tu, muda-muda lagi dah berjaya, rata-rata dibawah 30an, income dah mencecah 5 6 angka sebulan… bestnye. Dan yang membuatkan saya lagi teruja… corak kepimpinan dalam group ni, sangat-sangat membantu sekiranya kita betul-betul mau berjaya, leader2 dalam group2 ini memang sentiasa guide anak2 buah, malah sentiasa memberi motivasi, everyday ok, bukan hari ni ade, esok takde, memang mereka betul2 ingin membantu untuk berjaya…sampaikan kalau nak personal coaching pun ade tau, percuma lagi…

Semua orang ade push factor, salah satu push factor yang memaksa saya untuk meneruskan niat saya ialah keadaan ekonomi kita sekarang. Kos hidup yang semakin meningkat, satu barang naik, barang yang tiada berkaitan pun turut naik, tapi gaji bulanan masih sama, macam mana nak meneruskan hidup di kota metropolitan ni, yang semuanya memang memerlukan duit, nak merungut mengenang nasib… dapat ke mendatangkan pendapatan … tidak bukan, menambahkan lagi stress adalah… so saya munasabah diri, untuk menjerumuskan diri dalam bisness SHAKLEE...


Lagipun pada pandangan saya, memang sangat sesuai.. kenapa saya kata sesuai… sbb membership pun RM65 je, modal x perlu banyak, tak nak keluarkan modal pun xpe, so simple and easy, x perlu nak keluarkan duit yang banya atau nak apply loan untuk memulakan bisness… sekarang lagi senang, nak order stock boleh buat online..x perlu untuk ke branch, so kalau stay jauh dari branch pun still boleh buat bisness, susah nak coaching, thru phone pun boleh, tak perlu duduk semeja, saya dulu pernah ber'coaching', sorang di Ampang, sorang di Cheras dan sorang di Taiping...teknologi sekarang memang dah cukup canggih, boleh membantu...

Kalau dah barang naik, pendapatan masih sama, and tambah-tambah lagi sebelum ni gaji memang dah ngam2 je untuk keperluan harian, nak potong tang mana lagi… nak merungut, mengeluh sememangnya tak akan mendatangkan apa2, jalan yang mudah adalah mencari alternative macam mana nak menambahkan pendapatan keluarga, itu adalah lebih baikkan…lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja dan tidak ade pencen, kalau dulu boleh buat saving sikit, dengan perbelanjaan yang semakin meningkat boleh ke nak menabung untuk hari tua, silap-silap yang di dalam tabung pun dikorek keluar.. dah lah masa tua nanti memang memerlukan perbelanjaan yang banyak terutamanya untuk kesihatan… bagi saya ade 2 value added untuk saya menyertai SHAKLEE, duit dapat, kesihatan dapat, 2 keuntungan yang kita perolehi dari SHAKLEE…keuntungan yang amat berharga dan membantu..


Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang, tidak mustahil untuk tahun-tahun akan datang, kos tersebut akan bertambah-tambah meningkat… so kalau kita lambat bertindak…faham-faham sendirilah, bukan orang lain yang menanggung akibatnya, tapi diri sendiri… tepuk dada tanya selera.. selera saya memang tinggi, bukan nak kata, kalau saya suka sesuatu, saya tak pernah beli satu, pasti nak beli 2…sebab tu saya x pandai nak potong2 perbelanjaan saya…


Saya baru join SHAKLEE 5 bulan dan baru 3 bulan aktif, bulan pertama aktif 3 angka, lepas tu 4 angka siap naik rank lagi…bayangkan, saya, ibu yang bekerja dan mempunyai family yang besar, tiada pembantu rumah, mampu melakukannya… besar sangat ke family saya… memang besar.. saya ada 6 orang anak, 2 orang baby, seorang belum 2 tahun dan yang seorang lagi baru 4 bulan….bagaimana saya boleh melakukanya, sebab saya nak yang terbaik untuk keluarga saya, commitment saya adalah keluarga saya…

Yang membuatkan saya semakin seronok untuk meneruskan bisness SHAKLEE ni ialah emak saya, kalau dulu nak beli supplement untuk emak, YA ALLAH, berkira-kira, bukan kedekut tapi sebab tak cukup budget, Alhamdulillah sejak berSHAKLEE ni, dapat supply kan emak SET SENDI SHAKLEE setiap bulan, malahan pada bulan lepas, mampu memberi sedikit supplement kepada emak2 saudara… ini membuatkan hidup saya lebih bermakna… yang paling seronok saya mampu  hulurkan lebih wang saku buat emak….Syukur sangat dengan rezeki Allah, semoga Allah akan melipat-gandakan lagi rezeki saya... InsyaAllah

SET SENDI SHAKLEE UNTUK EMAK SAYA DAN ANTARA SET YANG HOT DALAM GEROBOK VITAMIN SAYA
Alhamdulillah… empayar saya pun dah semakin berkembang, anak-anak  SHAKLEE saya pun dah melebarkan empayar masing2, InsyaAllah akan semakin berkembang, melebar dan melebar selepas ini..

Apa yang sangat bermakna bagi saya sepanjang menjalankan bisness SHAKLEE ni ialah apabila saya dapat memberikan yang terbaik untuk customer saya, kegembiraan yang tak dapat digambarkan apabila customer bagi feedback yang positif… both side happy,  satu kepuasan buat saya setelah dapat membantu mereka menyelesaikan masalah kesihatan yang dialami……satu yang amat menguntungkan, produk SHAKLEE memang best, SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM…dan yang paling penting HALAL.. ternyata saya tidak silap dalam membuat pilihan, InsyaAllah ia pilihan yang tepat.

Buat yang memang berminat, saya cadangkan janganlah membuang masa, di kala anda sedang menconggak sama ada untuk melangkah satu tapak ke hadapan , saya dah melangkah jauh meninggal anda, masa berlalu tidak akan berundur, be futuristic… remember, time is money...

Fast Action Fast Result

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Monday, October 7, 2013

Set Bersalin Shaklee...Premium


Salam UOLS,

Semoga semuanya sihat belaka..Kalau consume supplement shaklee InsyaAllah sihat....hehehe

Kali ni MG nk story sikit la Set Bersalin yg MG offer to my lovely customer, to those yg blm lagi jadi customer MG, sila2...jangan malu2, jangan segan2...so far alhamdulillah, customer MG berpuashati dgn khidmat nasihat MG..bukan MG kata, customer MG yg kata..hehehe...ok enough about that...resume to what MG want to share...

Lately banyak sangat set bersalin yg market offer, mmg variaty..pelbagai jenis dan harga, semuanya untuk kesihatan ibu dalam tempoh berpantang dan masa akan datang. Tapi rata-rata set bersalin yang ditawarkan hanyalah untuk, bukan ibu dan anak.


Pemilihan set bersalin juga perlu mengambilkira keadaan baby, terutamanya bayi yang dilahirkan jaundice. Normally kalau perkara ini terjadi, jururawat mahupun nurse akan menasihati si ibu supaya menghentikan pengambilan sebarang supplement yang dianggap 'panas' sehinggalah baby bebas dari jaundice. Ini berlaku kepada MG sebelum2 ini, di mana supplement tersebut terus terperap tidak dimakan..membazirkan

Alhamdulillah kali ini pilihan MG tepat, kalaulah MG berkenalan dari dulu dgn set bersalin Shaklee ni kan best,good for both, ibu dan anak,x hmm..nak buat macam mana tiada rezeki dan jodoh...inilah set bersalin MG, MG ambik set bersalin premium...

Supplement apa yang terkandung dalam Set Bersalin Premium Shaklee ni..jom tengok;

Set Bersalin Premium Shaklee
B Complex - mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Zinc - meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang. Zinc 

Vitalea - multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera. Ia juga membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa confinement.  Mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

Vitamin C -  mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.

ESP - non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. 

Ostematrix - terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, ini adalah penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.

Alfalfa - bertindak sebagai milk booster di samping membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan.

Omega Guard - minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi. Membantu perkembangan otak bayi dan memori, dan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.

Di samping Set Bersalin Premium, para ibu boleh add on Lecithin, ia membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dengan bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat. Ia juga membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.

Secara kesimpulannya, Set Bersalin Premium yg MG ambil imi merupakan gabungan Set Kesihatan Asas + Zinc + Milk Booster + Set Kurus, amacam best tak...sihat, susu meriah, boleh kurus at the same time, value for money...that why MG kata gunakan tanpa was2, Always Safe, Works and Green, Halal...

Ada Set Bersalin Asas x MG?..ada..tu kita cerita lain masa k..

Note;
1.Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan menguatkan tisu-tisu penghubung.
2.Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas jaundice

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Friday, September 13, 2013

Mama Cergas, Baby Sihat, Papa Sayang....


Salam semua....

Cuba teka, kali ni saya nak share ape dengan uols? Quiz yang paling senang di alam blogger ni...hahaha, SET HAPPY FAMILY la...apa lagi... tak tau ni set apa, of coz la... sbb nama tu Mama Gorgeous yg bagi, siapa pulak la Mama Gorgeous tu...saya la siapa lagi...hehehehe

Oklah..sebenarnya SET HAPPY FAMILY ni dlm bahasa rasminya (cewah) nama dia SET BERSALIN SHAKLEE.....kenapa Mama Gorgeous bagi nama SET HAPPY FAMILY plak? nak tau kenapa, sebab MAMA CERGAS, BABY SIHAT, PAPA SAYANG....

Kenapa Mama Cergas? Mama cergas sebab mama makan supplemen yang ade dalam SET BERSALIN SHAKLEE tu...mama kan dalam pantang, so tidak semua makanan mama boleh ambil sewenang-wenangnya, so untuk memastikan mama mendapat khasiat secukupnya supaya mama cepat sembuh, kekal bertenaga dan dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk baby mama.

Baby Mama Sihat? Of course la baby mama sihat, sebab mama breastfeed, secara tak langsung baby mama mendapat khasiat yang sama, dengan penghasilan susu yang meriah baby mama sentiasa kenyang... kalau baby dah kenyang, baby akan tidur lena, dan ini boleh membantu pembesaran baby dengan sempurna, InsyaAllah

Macam mana pulak alkisahnya Papa Sayang? Ini penting ni, papa sayang sebab hati papa senang melihat isteri tercinta dan anak tersayang sihat walaifiat, papa tak payah nak runsing mama kurang sihat ke, pening kepala baby meragam ke kan...dan dengan set bersalin ni juga mama dah savekan budget papa, sebab mama fully breastfeed, x perlu keluarkan wang untuk membeli susu formula yang sememangnya MAHAL...

Inilah Set Bersalin Shaklee yang Awesome tu:
Ok uols, setakat ni je yang Mama Gorgeous kongsikan untuk kali ni. Bagaimana vitamin2 di atas membantu kecergasan, kesihatan dan kemeriahan susu, Mama Gorgeous akan cerita di entry yang lain ok. Jangan lupa temujanji kite ok... luv SHAKLEE, luv uols

Sebarang inquiries atau nak order ke, contact Mama Gorgeous aka Sue Mohd kat bawah ni:

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS