~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Bila Rindu Menerpa, Ia Muncul Tak Kira di Mana!!!!!

Biasalah kalau lapar cari makanan.

Kalau kat opis mana lagi tempat yg mau diterjah melainkan food court level 5. Hari ni berkenan makanan di gerai mamak sebab ada sayur goreng peria faveret saya.

Masa tunggu buat bayaran, saya leka memerhati Si Lan membuat air sirap, ada tempahan gamaknya.. Usai membuat air, Lan mengambil gelas dan menuang sedikit air sirap ke dalam gelas tersebut. Firasat saya Lan mahu merasa air sirap hasil bancuhannya, rupa2nya tekaan saya meleset.. Lan memanggil seseorg;

Makkkk... Makkkk.. 

Lan memanggil ibunya dengan sangat manja sekali, terasa limpahan kasih sayang Lan pada emaknya dari nada panggilannya itu. Lan memanggil emaknya untuk merasa air sirap yang dibancuhnya tadi. 

Rindu.. Ya rindu terus menerpa diri. Rindunya pada Emak. Mata mula terasa panas. akhir gugur jua. Adegan Lan dan emaknya betul-betul membuatkan hati saya meronta-ronta mahu berbicara dengan emak. Untungnya orang yang sentiasa berada di sisi emak. Itu rezeki yang amat berharga buat saya.

Gambar bersama emak semasa menunaikan Umrah Dec 2014

Ya Allah Kau peliharalah ibuku, berikanlah kesihatan yg baik buatnya, panjangkanlah usianya, limpahkan rezeki dan RahmatMu buat ibuku. Amin

#SayangEmak

Wednesday, November 19, 2014

Vivix dan Ibu Mertuaku


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Semoga anda sihat, ceria,gembira dan bahagia.

Hari ini , Saya nak share dengan uols tentang Mak Mertua (MIL) saya dan Vivix.

Sebelum raya haji lagi, MIL sering demam, dua tiga hari baik, demam balik. begitulah berlanjutan hinggalah MIL mengambil Vivix.

In between MIL banyak pergi follow up di sebuah hospital berkenaan kesihatan lutut, mata serta kulit. Tiada rawatan disyorkan, Mungkin follow up tersebut tiada berkaitan. Wallahualam.

Semasa melawat MIL, nampak MIL kurang bermaya dari biasa, sering mengadu tiada selera makan. Saya selalu sarankan supaya beliau mengambil Horlick agar lebih kenyang.

MIL selalu calll hubby. Satu hari saya tolong jawab telepon MIL. Alangkah sedihnya mendengar suami MIL waktu itu. Dari suara MIL saya tahu dia sangat tidak sihat. Tanpa sedar airmata saya mengalir. Ya Allah, begini ke suatu hari nanti kalau aku sakit.

Tiap kali MIL call hubby mesti termenung, sedih. Saya tidak mahu melihat ini berpanjangan. Maka, saya syorkan hubby belikan Vivix untuk MIL. Boleh ikuti story ini di Order Vivix untuk MIL.

Kebetulan selepas beberapa hari mengambil Vivix, kami menjenguk MIL. Saya nampak MIL sedikit sihat. Syukur Alhamdulillah. Hubby berbisik pada saya; emak nampak sihat. Nampak kegembiraan pada Hubby. Saya pulak; sangat sangat gembira bila melihat insan-insan tersayang gembira.

Kegembiraan semakin terpancar di wajah en. hubby bila kami berkelah di Sg Tua untuk sambutan hari lahir adik ipar, biras serta anak saudara, MIL nampak sangat-sangat sihat. Hati saya sangat berbunga gembira.

Semasa ramai dah turun ke sungai selepas menjamu perut, saya tinggal berdua dengan MIL, dengan happy nya MIL beritahu, dia berasa sangat sihat dan badan rasa sangat ringan selepas mengambil Vivix. Saya sudah menduga dari wajah serta suara ceria MIL, kesihatan MIL memang jauh lebih baik dari sebelumnya. Dalam hati saya tidak henti-henti berkata alhamdulillah.

Juga selang seminggu dari itu MIL call hubby menyatakan hasrat untuk mahu meneruskan mengambil Vivix. Nampaknya Vivix sangat serasi dengan MIL. Vivix dapat membantu menambah kesihatan MIL.

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan.

Sue Mohd
Bring Happiness to Others. InsyaAllah

#sayapenjualshaklee

Saturday, October 18, 2014

ViVix Untuk Emak Mertua Buat Suami Tersenyum


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya.

Bertemu kembali kita di alam maya. Alhamdulillah. Semoga anda semua diberikan kesihatan dan rezeki yang luas olehNYA. InsyaAllah. Amin

Tiada apa yang boleh membahagiakan insan tersayang melainkan melihat mereka gembira dan berwajah manis. Sejak kebelakangan ini En. Suami nampak sedikit stress melihat kesihatan emak tercinta yang tidak begitu memberansangkan.

Saya tahu suami sedang memikirkan kesihatan emaknya. Ialah anak mana yang tidak khuatir akan kesihatan emak tercinta. Kegusarannya bertambah sejak jiran kami, yang mana ibunya sedang terlantar sakit, dan simptom-simptomnya agak menyerupai sepertimana yang dikhabarkan oleh anak-anak yang menjaga ibu mereka.

Setiap kali selepas berbicara dengan emaknya, suami mesti termenung. Saya tidak sanggup melihat suami berkeadaan begini. Bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan terasa. Sebelum ni kesihatan emak boleh dikatakan bagus. Saya bekalkan emak dengan Vitalea untuk kesihatan keseluruhan.

Sejak kebelakangan ini, kesihatan emak sering terjejas, demam dua tiga hari, kebah sehari, kemudian demam lagi. Emak kerapkali berkunjung ke hospital tapi atas temujanji lain. Musykil pulak saya, dalam keadaan kesihatan begitu emak tidak pulak diperiksa secara menyeluruh tetapi hanya diperiksa atas tujuan temujanji. Kadang-kadang kita terlalu mengikut 'Rules of Thumb'. Saya rasa tidak salah rasanya berbuat sesuatu yang 'Out of the Box'.

Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja semalam, saya teringat Vivix, teringat kepada emak. Ya Vivix mungkin sesuai untuk emak. Usai solat Maghrib, saya utarakan pada suami agar kami belikan Vivix untuk emak. Saya terangkan satu persatu kandungan serta manfaat Vivix serta berkongsi serba-sedikit testimoni mereka yang mengambil Vivix. Setelah faham dan mengetahui manfaat Vivix, akhirnya suami bersetuju.
Manfaat VIVIX
Saya mencadangkan agar kami order online dan pos terus pada emak yang tinggal bersama adiknya. Suamiku hanya tersenyum sambil mengangguk. Alhamdulillah suami gembira. Ada sedikit sinar pada wajahnya. Usaha. Allah suka orang yang berusaha.

Saya memohon para pembaca yang budiman mendoakan kesihatan emak mertua saya kembali seperti sedia kala. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran yang berlipat kali ganda serta memakbulkan segala hajat anda semua. Amin

Sekiranya anda mahu berbicara dengan saya, boleh hubungi saya di talian 013-510.0005

Wassalam.

Sue Mohd
Bring Happiness to EveryOne

Saturday, May 17, 2014

Oh MG ber'Explore Race - Treasure Hunt'


Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols...

Mula-mula MG doakan uols sentiasa sihat, happy-happy je, baik-baik2 je..

Hari ni MG nak share dengan uols, aktiviti MG dan anak-anak. Kami join Explore Race - Treasure Hunt, Sempena Program Isra' Mikraj 1435H/2014M.

Sticker tampal kat kereta...
Normally activiti macam ni husband dengan anak-anak yang selalu join, tapi memandangkan husband outstation, MG mengambilalih tugas tersebut.. MG boleh je..

Sebagai persediaan awal MG dah ambil VITALEA, BCOMPLEX dan VITAMIN C.. MG kena pastikan MG bertenaga hingga tamat program.. tambahan cuaca tak menentu, belum tentu lagi panas hingga ke petangkan, MG ni sensitif sikit kalau kena hujan, cepat rasa nak demam dan flu.. so sebelum apa-apa kita sediakan payung sebelum hujan...

Vitalea, Bcomplex, Vitamin C SR
inilah aturcara sepanjang program untuk hari ni;
Program Explore-Race
Syukur program half day.. kesian kat baby MG nanti.. Almaklumlah, MG lah drivernya, MG lah pesertanya, MG lah baby sitternya... hahahaha..

Setiap group terdiri dari 4 orang ahli, rasanya peserta yang paling sempoi MG dan anak-anaklah, group MG.. MG, Danish (anak sulung, 14 tahun), Hazim (anak ketiga, 10 tahun) dan Elisya (anak keempat, 8 tahun) dan ada 2 orang peserta comel, Hasif (2 tahun) dan Eiliya (9 bulan)... camne nak treasure hunt tu... hehehehe..
Breakfast sebelum bermula.. antara perserta wanita
Basically ada 5 surau yang terlibat dalam Explore race ni, Surau Al-Ansar, Surau Al-Fathonah, Surau As-Siddiq, Surau Al-Amin dan Madrasah Cheras Perdana.. 4 surau dari Bandar Tun Hussein Onn dan 1 surau dari Cheras Perdana. Jumlah group yang turut serta 26 group kalau tak silap MG, dan group-group tersebut semuanya gagah perkasa, group wanita atau group lelaki.. mantopsss uols

Explore Race bermula 8.30am.. peserta di beri soalan dan clue yang berlainan. Wisel permulaan dibunyikan peserta menuju destinasi masing-masing, MG dan group pun sama, sambil jawab ke manakah surau destinasi pertama kami..

Kami menuju destinasi;
1). destinasi pertama Surau Madrasah Cheras Perdana, rupa-rupanya silap destinasi, then we headed to Surau Al-Amin.. sampai di destinasi, kami diarahkan untuk bermain satu permainan, pukul 3 bulu tangkis masuk dalam baldi, so orang yang sesuai siapa lagi, Danishlah.. terror anak MG, tak sampai 5 minit dah settle.. then kena jawab soalan pulak.. berjaya

2). next surau pulak, now barulah Madrasah Cheras Perdana, kat sini terbalik punya, jawab soalan dulu then main game, kali ni baling dat pulak.. 4 dat semuanya.. kat sini pun sekejap je..

3).so next destinasi Surau Al-Ansar, kat sini kami kena solve puzzle, puzzle bina europlane, berpeluh jugaklah, lama jugalah kami di sini, lepas selesai jawab soalan lagi, sebelum bergerak keluar, memandangkan kat sini AJK program ramai yang mengenali kami, banyak soalan yang AJK tanya, mana papanya? siapa drivernya? bawa baby 2 orang ke? ni nombor HP yang cantik tu ke? wah bertalu-talu soalan, layan... mereka kata kami quite good sebab selesaikan dalam masa kurang dari 30 minutes, sebab ada group sampai 1 hour

4). Surau keempat pulak Surau Al-Fathonah, biasalah mama parking, Danish meluru ambil soalan, ahli kumpulan lelap, Hazim dan Elisya terkedik-kedik keluar, Hazim bawa Hasif, MG selalunya keluar last bawa baby Eiliya.. uols boleh imagine tak bagaimana MG dan anak-anak Explore Race. Danish kelam-kabut bagi kertas soalan, mama jawab, abang kena kira tangga... oh ok, lepas jawab, MG pass jawapan untuk AJK, kat sini pun AJK kenal kami, macam biasa kena interview.. layannn.. kat sini kami main bowling tin.. Danish settle kan sekejap..

5). kemudian destinasi terakhir kami ke Surau As-Siddiq, disini kena jawab soalan dulu then kena buat layang-layang. Anak-anak MG tak pernah buat layang-layang. Almaklumlah layang-layang sekarang beli je, bukan macam zaman MG dulu, buat sendiri. Danish tanya MG, mama tau ke? MG jawab, InsyaAllah mama boleh? Alhamdulillah.. berjaya.. memandangkan AJK kenal kami, lagi sekali kami kena interview, layan.. agak memeranjatkan AJK di sini dengan keadaan kami yang meriah dengan anak-anak, mampu menyelesaikan tugasan dengan cepat..

So.. last check point Masjid.. sampai parking, Danish meluru keluar menuju garisan penamat, kami team no.17, not bad, tapi pemenang belum tahu lagi, bergantung dengan jawapan yang diberikan semasa pertandingan, dan keputusan hanya akan diumumkan pada 27 Mei 2014... so tunggguuuu...

Ini adalah antara soalan yang perlu dijawab setiap destinasi, ada 2 soalan, 1 soalan berkaitan dengan setiap surau, 1 lagi soalan adalah lagi umum, iaitu;
1. 2 kifarah bagi orang yang merosakkan puasa di bulan Ramadhan?
2. Makna selawat dalam bahasa dan syarak?
3. Surah apa yang dibaca tidak perlu dimulakan dengan bismillah?
4. Makna Nafar Thani?
5. 3 golongan yang disebut dalam Surah Al-Waqiah?

So uols jawablah soalan-soalan tu...

Rehat sekejap, baby Eiliya tertidur, kepenatan;
penat... tidoooo
Acara yang seterusnya lunch..inilah pemadangan masa lunch, masing-masing penat tapi makan tetap makan, time ni hujan lebat sangat, syukur Allah permudahkan program tadi.. so kami menikmati lunch dalam keadaan hujan yang lebat.. besttttt..
menikmati lunch....
Dan program berakhir jam 12.00pm.. so kami terus pergi ke sekolah ambil anak kedua MG, Aas yang tuition dan tidak dapat join Explore Race..

Sebelum berakhir MG tanya anak-anak MG especially Danish, mereka happy or penat? jawapan macam biasa.. HAPPY!!!! so MG pun HAPPY!!!!! anak-anak MG ni suka aktiviti seumpama ini.. memang selalu join bersama husband, MG je yang jarang..

So.. MG harap uols happy dengan story MG kali ni...

Dan jangan lupa dapatkan stok supplemen anda dari MG; nak join member pun boleh..

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20






Sue Mohd Si Mama Gorgeous
SID : 961604
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
https://jomsihatjelita.blogspot.com

Sunday, December 22, 2013

Sate Tulang Jelebu, Senawang..Yummmmmmy


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sate Tulang Jelebu, maybe ade yang penah makan, maybe ade yang belum.....

Sebenarnya memang dah lama MG mengidam nak makan Sate Tulang Jelebu ni, sebelum mengandungkan anak MG yang ke-lima lagi, tapi kalau dah tak ade rezeki, memang tak dapek nak nolong... sehinggalah masa Magic Jutawan, Everyone Can Be a Millionaire... mula2 nak makan Cucur Udang kat Alor Gajah, tapi habis, En. Hubby kata, Jomlah kita try Sate Tulang Senawang (sebab masa tu tak tahu nama sebenar sate tulang ni Sate Tulang Jelebu), dalam hati memang terdetik nak makan sate ni, tapi malas nak cakap, tup2 keluar dari mulut En. Hubby...yahhooooo. he can read my mind... dashyat lah my hubby..ni yg buat MG makin sayang......hehehehe

SIL lah memperkenalkan Sate Tulang Jelebu ni kat MG.... dia kata sedap2, biasalah org pregnant kan, mestilah terliur.... tapi jauh nak pegi, MG try psiko diri sendiri masa tu, MG said to my mind, it's just satay, sama je, berperang dengan fikiran sendiri... tapi at the same time, tanya jugak En. Google, apa pandangan orang yang dah pergi, betul ke sedap... search je pop up, alamak ramai yang puji sedap... ni yang buat nak menangis ni... huhuhuhu, tapi Alhamdulillah air liur baby tak meleleh....

Actually sate ni sate tulang ayam, yang normally kita makan tu, sate isi right, tapi, sate ni dia ade tulang sekali. Masa En. Hubby nak order, MG dah remind siap-siap, jangan order banyak sangat, sebab MG ingat pesan my SIL, makan 5 pun dah kenyang... lagipun the kids, macam dah mengantuk je... takut dia org malas nak makan, Elisya memang dah tidur, malas nak kejut. Penat sangat le tu, sebab masa MG menyedut ilmu the kids sakan mandi kat swimming pool. so MG told En. Hubby to order Sate Tulang 20 je, yang lain add sate ayam dan sate daging je.

Mesti uols tak sabar nak tengok macam mana rupa Sate Tulang Jelebu ni... xpe MG dera uols sikit lagi..hehehehe. Service quite ok, cepat, bagus, MG suka sangat sebab dah excited sangat nak tengok rupa Sate Tulang Jelebu idaman kalbu...

SATE TULANG JELEBU, LOKASI SENAWANG...yg Golap tu yer
Yang ni pulak gambar si pembakar sate...

SI PEMBAKAR SATE....
And yang ni pulak harga, harga dah naik 10 sen sebab masa my SIL pergi harga Sate Tulang Jelebu ni RM1 je. Dan masa operasinya kalau weekend 6pm to 3am, weekdays awal sikit la...



LATEST PRICE....
Macam mana nak pergi???? masa 1st time susah juga, tapi En. Google kan ade, follow je direction di bagi sampailah, nak senang follow je panduan MG ni..

Dari PLUS highway, korang kluar melalui exit tol Senawang, kalau dari KL, exit Senawang tu selepas exit Seremban... lps bayar tol, korang terus jer... ade a few jugak la traffic light, sampai la uols nampak Giant sebeblah kanan... sebelah Giant tu ade McD besar... dah jumpa 2 landmark ni stay lane kanan sekali sebab nanti trafik light depan tu kena ambik kanan... trafik light tu ambik kanan masuk ke deretan rumah kedai kat situ... dah masuk situ  pusing2 je la dalam tu... tak susah nak cari kedai tu... nama kedai tu, Restoran Minang Bundo Kanduang, betul2 di belakang Restoran Satay Kajang Haji Sahmuri... kedai ni kat corner.. ni ha GPS: 2.705198,101.987934. nama taman..Taman Komersil Senawang..... 

Nak ikut Lekas pun boleh straight je, keluar exit Senawang.. then carilah panduan yang sama Giant & McD

ok.... selamat mencari kepada sesiapa yang nak mamam Sate Tulang Jelebu, Senawang ni..

Komen MG, Sate Tulang Jelebu memang sedap, I like, tapi sate ayam dan daging dia biasa-biasa je... we all tak habis makan pun, sebab yang makan MG & En. Suami je yang makan, tapau jugak at last, mana taknya, tengok budak ni sambil tidur sambil makan blh...yg lain semua dah masuk kereta.. lagipun the kids dah kenyang sebab masa solat isyak kat masjid yang tak jauh dari lokasi restoran ade jamuan, rezeki, kami di ajak makan, tapi sebab dah mengidam lama punya pasal belasah jugak sate tulang ni, tapi memang betul kenyang, MG yang kuat makan ni pun makan 4 je...

HARRAZ DEEN...  tidoooo 
Lepas makan baru ingat kolestrol, lemak... haruslah berOMEGA, berAlfafa & berESP. kenapa MG tak berHERBALAX n berCINCH sekali... sebab MG breasfeed, buat ibu-ibu menyusu, Herbalax dan Cinch tidak digalakkan yer...

Buat yang tak tau Omega Guard, Alfafa dan ESP, inilah dia...set nilah yang bantu MG turun 3kg..best kan set diet ni, kurus plus sihat, 2 in 1, save budget....hehehehe
Set Diet MG...
Dan yang bawah ni pulak Set Diet yang uols boleh consume, depends on budget uols, dari yang paling budget hingga yg mantops, all up to u, choice in your hand..nak tahu bagaimana yang sesuai dengan uols, pm le MG, MG yang baik setia membantu...
Rangkaian Set Diet/Kurus/Turunkan Berat


Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Friday, September 13, 2013

Mama Cergas, Baby Sihat, Papa Sayang....


Salam semua....

Cuba teka, kali ni saya nak share ape dengan uols? Quiz yang paling senang di alam blogger ni...hahaha, SET HAPPY FAMILY la...apa lagi... tak tau ni set apa, of coz la... sbb nama tu Mama Gorgeous yg bagi, siapa pulak la Mama Gorgeous tu...saya la siapa lagi...hehehehe

Oklah..sebenarnya SET HAPPY FAMILY ni dlm bahasa rasminya (cewah) nama dia SET BERSALIN SHAKLEE.....kenapa Mama Gorgeous bagi nama SET HAPPY FAMILY plak? nak tau kenapa, sebab MAMA CERGAS, BABY SIHAT, PAPA SAYANG....

Kenapa Mama Cergas? Mama cergas sebab mama makan supplemen yang ade dalam SET BERSALIN SHAKLEE tu...mama kan dalam pantang, so tidak semua makanan mama boleh ambil sewenang-wenangnya, so untuk memastikan mama mendapat khasiat secukupnya supaya mama cepat sembuh, kekal bertenaga dan dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk baby mama.

Baby Mama Sihat? Of course la baby mama sihat, sebab mama breastfeed, secara tak langsung baby mama mendapat khasiat yang sama, dengan penghasilan susu yang meriah baby mama sentiasa kenyang... kalau baby dah kenyang, baby akan tidur lena, dan ini boleh membantu pembesaran baby dengan sempurna, InsyaAllah

Macam mana pulak alkisahnya Papa Sayang? Ini penting ni, papa sayang sebab hati papa senang melihat isteri tercinta dan anak tersayang sihat walaifiat, papa tak payah nak runsing mama kurang sihat ke, pening kepala baby meragam ke kan...dan dengan set bersalin ni juga mama dah savekan budget papa, sebab mama fully breastfeed, x perlu keluarkan wang untuk membeli susu formula yang sememangnya MAHAL...

Inilah Set Bersalin Shaklee yang Awesome tu:
Ok uols, setakat ni je yang Mama Gorgeous kongsikan untuk kali ni. Bagaimana vitamin2 di atas membantu kecergasan, kesihatan dan kemeriahan susu, Mama Gorgeous akan cerita di entry yang lain ok. Jangan lupa temujanji kite ok... luv SHAKLEE, luv uols

Sebarang inquiries atau nak order ke, contact Mama Gorgeous aka Sue Mohd kat bawah ni:

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS

Friday, August 2, 2013

Kelahiran my 2nd Princess...Alhamdulillah & TQ SHAKLEE


Syukur Alhamdulillah... dengan izinNya, 01/08/2013, jam 9.34 pagi, Mama Gorgeous (MG) telah selamat melahirkan anak MG yang ke-6, juga puteri kedua kami, di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) di Bangi, Gynae sy yg cool, Dr. Noraini Nor....

AZIM Bangi...
Kenapa MG pilih Hospital ni?...sebab gynaenya semua perempuan, so MG x perlu risau kalau gynae faveret MG not available, still ade 2 lagi gynae perempuan, Dr. Fazlina Hanum n Dr. Masitah. Lagipun semasa MG dalam perjuangan, dlm labour room tu, Surah Yassin sentiasa berkumandang untuk menemani MG yg dalam kesakitan yg teramat sangat...sure korang tau kan sakitnya macam mana. Dan mulut MG pulak x henti2 membaca doa yg tertampal di dinding labour room ni walaupun MG mmg dh hafal sgt doa ni;


Mesti korang nk tanya bagaimana perasaan MG kan... of course le MG gembira sesgt sbb Allah telah makbulkan doa MG, so PrincessMia saya dh ade kwn utk main pondok2, takde le abg2 n adik jadi mangsa PrincessMia.....Yang paling buat MG happy masa tu, baby MG sgt sihat dan x kena jaundice, lega sgt sbb slps 9 hari nnt kami akan naik flight, so amatlah penting utk MG dan baby sihat walaifiat, ...syukur pada ALLAH kerana DIA telah mempermudahkan urusan MG sekeluarga...
inilah baby comel saya...comel kan.....
So kalau korang nk sihat ibu dan baby yg sihat, tirulah macam MG, jangan ragu2, pilihlah produk SHAKLEE....


Untuk order, konsultansi dan berkongsi experience, jangan malu dan segan utk contact MG (best price offer definitely);

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20

Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS