Pages
~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~
Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts
Wednesday, November 19, 2014
Vivix dan Ibu Mertuaku
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Semoga anda sihat, ceria,gembira dan bahagia.
Hari ini , Saya nak share dengan uols tentang Mak Mertua (MIL) saya dan Vivix.
Sebelum raya haji lagi, MIL sering demam, dua tiga hari baik, demam balik. begitulah berlanjutan hinggalah MIL mengambil Vivix.
In between MIL banyak pergi follow up di sebuah hospital berkenaan kesihatan lutut, mata serta kulit. Tiada rawatan disyorkan, Mungkin follow up tersebut tiada berkaitan. Wallahualam.
Semasa melawat MIL, nampak MIL kurang bermaya dari biasa, sering mengadu tiada selera makan. Saya selalu sarankan supaya beliau mengambil Horlick agar lebih kenyang.
MIL selalu calll hubby. Satu hari saya tolong jawab telepon MIL. Alangkah sedihnya mendengar suami MIL waktu itu. Dari suara MIL saya tahu dia sangat tidak sihat. Tanpa sedar airmata saya mengalir. Ya Allah, begini ke suatu hari nanti kalau aku sakit.
Tiap kali MIL call hubby mesti termenung, sedih. Saya tidak mahu melihat ini berpanjangan. Maka, saya syorkan hubby belikan Vivix untuk MIL. Boleh ikuti story ini di Order Vivix untuk MIL.
Kebetulan selepas beberapa hari mengambil Vivix, kami menjenguk MIL. Saya nampak MIL sedikit sihat. Syukur Alhamdulillah. Hubby berbisik pada saya; emak nampak sihat. Nampak kegembiraan pada Hubby. Saya pulak; sangat sangat gembira bila melihat insan-insan tersayang gembira.
Kegembiraan semakin terpancar di wajah en. hubby bila kami berkelah di Sg Tua untuk sambutan hari lahir adik ipar, biras serta anak saudara, MIL nampak sangat-sangat sihat. Hati saya sangat berbunga gembira.
Semasa ramai dah turun ke sungai selepas menjamu perut, saya tinggal berdua dengan MIL, dengan happy nya MIL beritahu, dia berasa sangat sihat dan badan rasa sangat ringan selepas mengambil Vivix. Saya sudah menduga dari wajah serta suara ceria MIL, kesihatan MIL memang jauh lebih baik dari sebelumnya. Dalam hati saya tidak henti-henti berkata alhamdulillah.
Juga selang seminggu dari itu MIL call hubby menyatakan hasrat untuk mahu meneruskan mengambil Vivix. Nampaknya Vivix sangat serasi dengan MIL. Vivix dapat membantu menambah kesihatan MIL.
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan.
Sue Mohd
Bring Happiness to Others. InsyaAllah
#sayapenjualshaklee
Saturday, October 18, 2014
ViVix Untuk Emak Mertua Buat Suami Tersenyum
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya.
Bertemu kembali kita di alam maya. Alhamdulillah. Semoga anda semua diberikan kesihatan dan rezeki yang luas olehNYA. InsyaAllah. Amin
Tiada apa yang boleh membahagiakan insan tersayang melainkan melihat mereka gembira dan berwajah manis. Sejak kebelakangan ini En. Suami nampak sedikit stress melihat kesihatan emak tercinta yang tidak begitu memberansangkan.
Saya tahu suami sedang memikirkan kesihatan emaknya. Ialah anak mana yang tidak khuatir akan kesihatan emak tercinta. Kegusarannya bertambah sejak jiran kami, yang mana ibunya sedang terlantar sakit, dan simptom-simptomnya agak menyerupai sepertimana yang dikhabarkan oleh anak-anak yang menjaga ibu mereka.
Setiap kali selepas berbicara dengan emaknya, suami mesti termenung. Saya tidak sanggup melihat suami berkeadaan begini. Bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan terasa. Sebelum ni kesihatan emak boleh dikatakan bagus. Saya bekalkan emak dengan Vitalea untuk kesihatan keseluruhan.
Sejak kebelakangan ini, kesihatan emak sering terjejas, demam dua tiga hari, kebah sehari, kemudian demam lagi. Emak kerapkali berkunjung ke hospital tapi atas temujanji lain. Musykil pulak saya, dalam keadaan kesihatan begitu emak tidak pulak diperiksa secara menyeluruh tetapi hanya diperiksa atas tujuan temujanji. Kadang-kadang kita terlalu mengikut 'Rules of Thumb'. Saya rasa tidak salah rasanya berbuat sesuatu yang 'Out of the Box'.
Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja semalam, saya teringat Vivix, teringat kepada emak. Ya Vivix mungkin sesuai untuk emak. Usai solat Maghrib, saya utarakan pada suami agar kami belikan Vivix untuk emak. Saya terangkan satu persatu kandungan serta manfaat Vivix serta berkongsi serba-sedikit testimoni mereka yang mengambil Vivix. Setelah faham dan mengetahui manfaat Vivix, akhirnya suami bersetuju.
![]() |
| Manfaat VIVIX |
Saya memohon para pembaca yang budiman mendoakan kesihatan emak mertua saya kembali seperti sedia kala. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran yang berlipat kali ganda serta memakbulkan segala hajat anda semua. Amin
Sekiranya anda mahu berbicara dengan saya, boleh hubungi saya di talian 013-510.0005
Wassalam.
Sue Mohd
Bring Happiness to EveryOne
Wednesday, July 2, 2014
1 Hingga 2 Botol, 30 Turun 6
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera uols..
Petang tadi MG keluar pejabat lewat sikit. Untuk permulaan Ramadhan ini, MG antara orang yang terlewat jugaklah. Biasalah,month end hari tu busy dengan closing, sekarang report time pulak.
So, masa dalam lift terserempak dengan seorang kawan. Lama juga tidak jumpa dia sebab MG jarang berurusan dengan Divison dia. Lagipun geng2 MG ramai berada di wing lain. Memandangkan dah lama tidak bertemu, MG ambil peluang bertanya khabar;
MG: Apa khabar? Sihat?
Kawan: Sihat jugaklah? Sue mestilah sihat kan, ceria je, untunglah orang makan Shaklee...
MG: Alhamdulillah.. trylah Shaklee, InsyaAllah boleh bantu..
Senyap seketika
Kawan: Hmmm... Sue boleh share supplemen untuk kencing manis esok. Email yer..
MG: InsyaAllah esok Sue Email.
Timbul perasaan kesian MG. Sebenarnya MG tahu juga sedikit-sebanyak masalah kesihatan member MG ni. Seorang rakan MG pernah kongsi tahap penyakit kencing manis dia suatu ketika dulu. Tahap insulin dah. So, MG nekad untuk bantu dia sebaik mungkin. Harapan MG, sekurang-kurangnya boleh membantu dia turunkan tahap bacaan kencing manisnya.
Langkah pertama MG, on the way balik, MG share masalah rakan MG ni dalam Group kami. Dalam group inilah MG dan rakan-rakan akan berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah. Syukur ada Group yang sangat supportive.
Tujuan utama kami hanya satu, bantu orang lain menyelesaikan masalah kesihatan mereka kerana bagi kami ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan seperti ini.
Berdasarkan experience, penggunaan supplemen ini sangat membantu Ayah mertua seorang rakan. Ayah mertua berusia 60 tahun, keadaan kencing manis tahap insulin, bacaan 30 turun sehingga 6, memang sangat hampir dengan bacaan normal 4 hingga 5.
Menurut sahabat MG ni juga, sebelum ini semua benda ayah mertuanya cuba tetapi yang ini yang berkesan dan ayah mertuanya bertahan. Penggunaan 1 hingga 2 botol sangat-sangat membantu. Lagipun ayah mertuanya rasa sihat dengan supplemen ni. Alhamdulillah
Dengan info yang ada ni, InsyaAllah esok mudah MG share dengan rakan MG. Syukur ada testimoni terdekat. Mudah sikit untuk membantu dia.
Seharusnya semua orang perlu tahu penyakit kencing manis perlu dibendung kerana ia juga merupakan punca kepada penyakit berbahaya yang lain seperti sakit jantung dan strok.
So, MG menyarankan mereka yang mempunyai masalah kencing manis berusahalah untuk mengawalnya dengan kadar segera kerana semakin lama ia akan menjadi lebih sukar untuk dikawal dan boleh menjadi pembunuh.
Semoga rakan MG bersetuju untuk mencuba supplemen ini. InsyaAllah pengambilan supplemen ini mampu mengelakkan anggota badannya dari dibuang atau dipotong pada masa akan datang, atau meragut penglihatan. Selain dari itu, pengambilan supplemen ini memberikan banyak manfaat untuk kesihatan yang lain.
Doakan kesihatan rakan MG yer. Semoga uols juga mengambil langkah segera sekiranya mempunyai masalah seperti rakan MG ini. sekiranya bukan untuk anda, berusahalah untuk sihat kerana insan-insan tersayang. Fikirkanlah demi keluarga tercinta.
Sue Mohd Si Mama Gorgeous
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd
Never stop to HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS
Subscribe to:
Posts (Atom)
