~ Ya Allah! Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah bagiku, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah untukku, apabila di laut maka naikkan, apabila jauh maka dekatkanlah bagiku, sekiranya dekat maka permudahkanlah untukku, sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untukku mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi berkat sehinggakan ku tidak memerukan sesiapa selain dariMu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Dikau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amin. ~

Saturday, May 17, 2014

Oh MG ber'Explore Race - Treasure Hunt'


Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols...

Mula-mula MG doakan uols sentiasa sihat, happy-happy je, baik-baik2 je..

Hari ni MG nak share dengan uols, aktiviti MG dan anak-anak. Kami join Explore Race - Treasure Hunt, Sempena Program Isra' Mikraj 1435H/2014M.

Sticker tampal kat kereta...
Normally activiti macam ni husband dengan anak-anak yang selalu join, tapi memandangkan husband outstation, MG mengambilalih tugas tersebut.. MG boleh je..

Sebagai persediaan awal MG dah ambil VITALEA, BCOMPLEX dan VITAMIN C.. MG kena pastikan MG bertenaga hingga tamat program.. tambahan cuaca tak menentu, belum tentu lagi panas hingga ke petangkan, MG ni sensitif sikit kalau kena hujan, cepat rasa nak demam dan flu.. so sebelum apa-apa kita sediakan payung sebelum hujan...

Vitalea, Bcomplex, Vitamin C SR
inilah aturcara sepanjang program untuk hari ni;
Program Explore-Race
Syukur program half day.. kesian kat baby MG nanti.. Almaklumlah, MG lah drivernya, MG lah pesertanya, MG lah baby sitternya... hahahaha..

Setiap group terdiri dari 4 orang ahli, rasanya peserta yang paling sempoi MG dan anak-anaklah, group MG.. MG, Danish (anak sulung, 14 tahun), Hazim (anak ketiga, 10 tahun) dan Elisya (anak keempat, 8 tahun) dan ada 2 orang peserta comel, Hasif (2 tahun) dan Eiliya (9 bulan)... camne nak treasure hunt tu... hehehehe..
Breakfast sebelum bermula.. antara perserta wanita
Basically ada 5 surau yang terlibat dalam Explore race ni, Surau Al-Ansar, Surau Al-Fathonah, Surau As-Siddiq, Surau Al-Amin dan Madrasah Cheras Perdana.. 4 surau dari Bandar Tun Hussein Onn dan 1 surau dari Cheras Perdana. Jumlah group yang turut serta 26 group kalau tak silap MG, dan group-group tersebut semuanya gagah perkasa, group wanita atau group lelaki.. mantopsss uols

Explore Race bermula 8.30am.. peserta di beri soalan dan clue yang berlainan. Wisel permulaan dibunyikan peserta menuju destinasi masing-masing, MG dan group pun sama, sambil jawab ke manakah surau destinasi pertama kami..

Kami menuju destinasi;
1). destinasi pertama Surau Madrasah Cheras Perdana, rupa-rupanya silap destinasi, then we headed to Surau Al-Amin.. sampai di destinasi, kami diarahkan untuk bermain satu permainan, pukul 3 bulu tangkis masuk dalam baldi, so orang yang sesuai siapa lagi, Danishlah.. terror anak MG, tak sampai 5 minit dah settle.. then kena jawab soalan pulak.. berjaya

2). next surau pulak, now barulah Madrasah Cheras Perdana, kat sini terbalik punya, jawab soalan dulu then main game, kali ni baling dat pulak.. 4 dat semuanya.. kat sini pun sekejap je..

3).so next destinasi Surau Al-Ansar, kat sini kami kena solve puzzle, puzzle bina europlane, berpeluh jugaklah, lama jugalah kami di sini, lepas selesai jawab soalan lagi, sebelum bergerak keluar, memandangkan kat sini AJK program ramai yang mengenali kami, banyak soalan yang AJK tanya, mana papanya? siapa drivernya? bawa baby 2 orang ke? ni nombor HP yang cantik tu ke? wah bertalu-talu soalan, layan... mereka kata kami quite good sebab selesaikan dalam masa kurang dari 30 minutes, sebab ada group sampai 1 hour

4). Surau keempat pulak Surau Al-Fathonah, biasalah mama parking, Danish meluru ambil soalan, ahli kumpulan lelap, Hazim dan Elisya terkedik-kedik keluar, Hazim bawa Hasif, MG selalunya keluar last bawa baby Eiliya.. uols boleh imagine tak bagaimana MG dan anak-anak Explore Race. Danish kelam-kabut bagi kertas soalan, mama jawab, abang kena kira tangga... oh ok, lepas jawab, MG pass jawapan untuk AJK, kat sini pun AJK kenal kami, macam biasa kena interview.. layannn.. kat sini kami main bowling tin.. Danish settle kan sekejap..

5). kemudian destinasi terakhir kami ke Surau As-Siddiq, disini kena jawab soalan dulu then kena buat layang-layang. Anak-anak MG tak pernah buat layang-layang. Almaklumlah layang-layang sekarang beli je, bukan macam zaman MG dulu, buat sendiri. Danish tanya MG, mama tau ke? MG jawab, InsyaAllah mama boleh? Alhamdulillah.. berjaya.. memandangkan AJK kenal kami, lagi sekali kami kena interview, layan.. agak memeranjatkan AJK di sini dengan keadaan kami yang meriah dengan anak-anak, mampu menyelesaikan tugasan dengan cepat..

So.. last check point Masjid.. sampai parking, Danish meluru keluar menuju garisan penamat, kami team no.17, not bad, tapi pemenang belum tahu lagi, bergantung dengan jawapan yang diberikan semasa pertandingan, dan keputusan hanya akan diumumkan pada 27 Mei 2014... so tunggguuuu...

Ini adalah antara soalan yang perlu dijawab setiap destinasi, ada 2 soalan, 1 soalan berkaitan dengan setiap surau, 1 lagi soalan adalah lagi umum, iaitu;
1. 2 kifarah bagi orang yang merosakkan puasa di bulan Ramadhan?
2. Makna selawat dalam bahasa dan syarak?
3. Surah apa yang dibaca tidak perlu dimulakan dengan bismillah?
4. Makna Nafar Thani?
5. 3 golongan yang disebut dalam Surah Al-Waqiah?

So uols jawablah soalan-soalan tu...

Rehat sekejap, baby Eiliya tertidur, kepenatan;
penat... tidoooo
Acara yang seterusnya lunch..inilah pemadangan masa lunch, masing-masing penat tapi makan tetap makan, time ni hujan lebat sangat, syukur Allah permudahkan program tadi.. so kami menikmati lunch dalam keadaan hujan yang lebat.. besttttt..
menikmati lunch....
Dan program berakhir jam 12.00pm.. so kami terus pergi ke sekolah ambil anak kedua MG, Aas yang tuition dan tidak dapat join Explore Race..

Sebelum berakhir MG tanya anak-anak MG especially Danish, mereka happy or penat? jawapan macam biasa.. HAPPY!!!! so MG pun HAPPY!!!!! anak-anak MG ni suka aktiviti seumpama ini.. memang selalu join bersama husband, MG je yang jarang..

So.. MG harap uols happy dengan story MG kali ni...

Dan jangan lupa dapatkan stok supplemen anda dari MG; nak join member pun boleh..

Fast Action Fast Result
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/suemohd%20






Sue Mohd Si Mama Gorgeous
SID : 961604
013.510.0005
https://www.facebook.com/sue.mohd.7
https://jomsihatjelita.blogspot.com

No comments:

Post a Comment